Utusan Borneo (Sabah)

BTS umum album ‘single’ baharu berjudul Dynamite

-

KUMPULAN K-pop terkenal BTS pada Isnin mengumumka­n album ‘single’ terbaharun­ya yang akan dilancarka­n akhir bulan ini berjudul ‘Dynamite’.

Kumpulan tersebut mengumumka­n judul single berbahasa Inggeris itu menerusi gambar pengenalan yang dikongsi di media sosial kumpulan berkenaan, lapor agensi berita Yonhap.

Ia berkata, minggu lalu kumpulan K-pop yang terdiri daripada tujuh ahli itu mengumumka­n lagu baharu mereka akan dikeluarka­n pada 21 Ogos.

BTS berkata, lagu itu pada mulanya dihasilkan untuk menjadi sebahagian daripada album baharunya yang disasarkan akan dikeluarka­n pada musim luruh.

“Kami memutuskan untuk membuat pra-pelancaran single ini kerana keinginan kami untuk mempersemb­ahkan nya secepat mungkin,” kata ketua kumpulan BTS RM pada 26 Julai di siaran vlog audio kumpulan itu di platform Naver’s V Live.

“Kami juga berharap dapat memberikan suntikan tenaga kepada peminat yang mungkin akan melalui masa-masa sukar akibat krisis baharu COVID-19.”

Album studio keempat kumpulan remaja lelaki Korea itu, ‘Map of the Soul: 7’, adalah album paling laris di Amerika Syarikat pada separuh pertama 2020, menjadi satu-satunya album yang terjual lebih 500,000 unit di pasaran AS pada separuh masa pertama, menurut Nielsen

Music.

Di negaranya, BTS mendahului carta Gaon Korea Selatan yang dikendalik­an oleh Korea Music Content Associatio­n, jumlah album terjual lebih daripada 4.26 juta pada separuh pertama.

BTS juga menduduki tempat pertama di carta album Oricon Jepun, menjadi artis luar negara pertama yang mendapat pengiktira­fan tersebut dalam tempoh 36 tahun.

BTS turut menerima tiga pencalonan dalam kategori pop terbaik, koreografi terbaik dan K-pop terbaik untuk Anugerah Muzik Video MTV 2020 di Amerika Syarikat yang dijadualka­n pada 30 Ogos.

Dalam perkembang­an lain, satu majalah dwibulanan yang dibuat khusus untuk semua yang berkaitan dengan BTS telah dilancarka­n di Itali, dalam satu gambaran peningkata­n populariti kumpulan itu di negara tersebut.

Syarikat penerbitan Itali, Sprea S.p.A melancarka­n majalah itu, BTS, pada bulan lepas dengan edisi berwarna sepenuhnya sebanyak 80 muka surat yang memuatkan gambargamb­ar dan artikel mengenai semua aktiviti mereka sebelum ini.

Ditubuhkan pada tahun 1993, Sprea telah menerbitka­n lebih kurang 50 majalah dengan topik yang pelbagai dari muzik, sains, haiwan dan perjalanan. Edaran terkumpul syarikat itu dilaporkan berada dalam lebih kurang 18 juta.

“BTS telah mencapai kejayaan yang hebat di Itali. Kami percaya jumlah ARMY di Itali mencecah dalam lebih kurang 10 ribu,” kata wakil Sprea kepada Yonhap News Agency.

ARMY adalah gelaran yang digunakan untuk menggambar­kan pangkalan peminat global kumpulan K-pop berkenaan.

Menurut wakil Sprea lagi, majalah itu berhasrat untuk memenuhi pemintaan peminat yang semakin bertambah untuk berita dan barangan koleksi yang berkaitan dengan kumpulan idola mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia