Utusan Borneo (Sabah)

Penjawat awam dipenjara 14 tahun, denda RM70,000 guna dokumen palsu

-

IPOH: Seorang penjawat awam dikenakan hukuman penjara 14 tahun dan denda RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah atas 14 pertuduhan menggunaka­n dokumen palsu bagi membuat tuntutan pembayaran berjumlah RM75,438.90 pada 2014 dan 2015.

Bagaimanap­un, pembantu akauntan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Roslan Al Sidek Sulaiman, 40, hanya menjalani hukuman penjara 12 bulan selepas Hakim S. Indra Nehru memerintah­kan hukuman berkenaan berjalan serentak mulai semalam.

Tertuduh, yang berkhidmat di JKR Cawangan Kejurutera­an Mekanikal, berdepan dengan hukuman penjara tambahan 12 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Tertuduh, yang memakai kurta hijau dan berkopiah itu, dihukum penjara 12 bulan dan denda RM5,000 bagi setiap 14 pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 468 kanun yang sama. Akta tersebut memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Bagi kesemua pertuduhan itu, Roslan Al Sidek didakwa secara tidak jujur menggunaka­n dokumen palsu sebagai tulen iaitu pesanan penghantar­an dan invois atas nama Musmar Enterprise, Aladin Emas Enterprise dan Mizie Auto Enterprise bagi tujuan tuntutan pembayaran pembelian petrol, diesel dan minyak pelincir.

Kesalahan itu dilakukan di jabatan itu di sini antara September 2014 hingga Ogos 2015.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) A z mi Yu suf manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagaimanap­un, tertuduh dalam keadaan sebak, memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana menanggung isteri dan tiga anaknya berusia antara 11 hingga 19 tahun selain kedua-dua ibu bapanya masing-masing berumur 69 dan 73 tahun.

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSALAH: Penjawat awam Roslan (tengah) dikenakan hukuman penjara 14 tahun dan denda RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen di Ipoh, semalam selepas mengaku bersalah atas 14 pertuduhan menggunaka­n dokumen palsu bagi membuat tuntutan pembayaran berjumlah RM75,438.90 pada 2014 dan 2015.
— Gambar Bernama BERSALAH: Penjawat awam Roslan (tengah) dikenakan hukuman penjara 14 tahun dan denda RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen di Ipoh, semalam selepas mengaku bersalah atas 14 pertuduhan menggunaka­n dokumen palsu bagi membuat tuntutan pembayaran berjumlah RM75,438.90 pada 2014 dan 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia