Utusan Borneo (Sabah)

Digi dan Vase buat tinjauan mengenai ‘Pendigital­an Sumber Manusia di Malaysia’

- Https://vase. ai/resources/human-resourcedi­gitization-in-malaysiaar­e-we-ready/.

KUCHING: Digi telah melakukan tinjauan mengenai ‘Pendigital­an Sumber Manusia di Malaysia’ bersama Vase bagi melihat Operasi Sumber Manusia (HR) meningkatk­an produktivi­ti dalam perniagaan syarikat di negara ini.

Hasil tinjauan pihak Digi, mendapati 32 peratus pekerja berpendapa­t bahawa proses tradisiona­l HR yang mereka guna pakai sekarang tidak berkesan dan tidak sistematik kerana memerlukan tenaga kerja yang ramai.

“Manakala, 21 peratus pekerja mengatakan cara tersebut mempunyai tahap keselamata­n yang rendah dalam menjamin keselamata­n data dan 21 peratus lagi mengeluh akan kesukaran yang dihadapi untuk mengesan dan mengukur pertumbuha­n atau prestasi dengan menggunaka­n cara tradisiona­l,” katanya menerusi kenyataan akhbar Digi semalam.

Ramai berpendapa­t bahawa digitalisa­si adalah pilihan yang paling senang. Walau bagaimanap­un, prosesnya tidaklah mudah.

Hal ini kerana, proses pendigital­an mungkin akan menimbulka­n cabaran dalam pelbagai aspek bagi sesebuah syarikat, seperti kurangnya pendidikan dan pengalaman serta keengganan untuk mengubah sistem yang lama.

Tinjauan juga mendapati 36 peratus pekerja yang tidak berpengala­man dalam menggunaka­n platform digital HR tidak mengetahui sama ada syarikat mereka mempunyai rancangan untuk melakukan pendigital­an atau tidak.

Sementara 28 peratus mengatakan syarikat mereka mempunyai perancanga­n untuk bergerak ke arah digitalisa­si tetapi tidak mempunyai rancangan yang kukuh dalam pelaksanaa­nnya.

Syarikat tersebut telah menggunaka­n platform digital HR dan kemudianny­a kembali ke proses tradisiona­l menyatakan kos yang tinggi sebagai punca pertukaran tersebut (44 peratus), diikuti dengan 28 peratus syarikat yang tidak melihat pendigital­an sebagai satu keperluan kerana saiz syarikat yang kecil.

Juga, 17 peratus lagi meluahkan mengenai isu ketidakcek­apan sistem dalam menggabung­kan semua tugasan.

Sebilangan kecil 15 peratus pula bimbang digitalisa­si akan menambah beban pada kerja mereka.

Meskipun penularan pandemik merupakan pendorong bagi kebanyakan syarikat untuk beralih ke medium digital, langkah tersebut telah pun terbukti berkesan dalam meningkatk­an pertumbuha­n dan perluasan banyak syarikat lain di seluruh negara sejak sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.

Terdapat banyak perbincang­an mengenai Industri 4.0 (IR4.0) yang kian rancak membangun dan juga galakan penggunaan digital dalam pelbagai inisiatif kerajaan serta pemberian geran untuk negara beralih ke arah ekonomi digital.

Untuk memulakan langkah dalam transforma­si digital, syarikat perlu melihat pada keperluan digital mereka.

“Jika mereka sudah memiliki medium digital, mereka perlu menilai akan keberkesan­annya berdasarka­n tiga perkara utama iaitu Tempat

Kerja, Tenaga Kerja dan Kerja.

Ketua Pegawai Digital Digi, Praveen Rajan menjelaska­n bahawa pendigital­an HR adalah langkah penting dalam mewujudkan pengalaman yang lebih menyenangk­an para pekerja.

Ia akan mendorong kepada penghasila­n kerja yang lebih berkualiti, di samping merupakan titik permulaan yang baik untuk syarikat mengorak langkah dalam transforma­si digital.

“Untuk merencana masa hadapan dalam pekerjaan, terdapat keperluan yang berterusan untuk memerhati kemahiran-kemahiran baharu yang wujud, pengalaman pekerja dan trend kerja terkini.

“HR harus bergerak selari dengan peredaran masa untuk memenuhiny­a selain membantu melancarka­n banyak proses yang biasanya memakan masa para pekerja sekaligus memudahkan kerja mereka,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai tinjauan yang dilakukan, layari:

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia