Utusan Borneo (Sabah)

Jualan murah tanpa had

Bilangan kuota penganjura­n mengikut kesesuaian dan kemampuan para peniaga, kata KPDNHEP

-

“Melalui pindaan ini, peniaga tiada lagi alasan untuk tidak memohon notis jualan murah kerana mereka boleh memohon dalam tempoh satu hari sebelum tarikh untuk mengadakan ” jualan murah. Datuk Iskandar Halim Sulaiman Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP

PUTRAJAYA: Golongan peniaga dibenarkan menganjurk­an aktiviti jualan murah tanpa had bilangan kuota mengikut kesesuaian dan kemampuan masing-masing, menurut Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata ia berikutan pewartaan pindaan Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) (Pindaan) 2019.

Sebelum ini, katanya, peraturan tersebut menetapkan had kuota penganjura­n jualan murah adalah sebanyak empat kali setahun iaitu tiga daripadany­a adalah berdasarka­n tempoh dan tarikh yang ditetapkan oleh kerajaan manakala satu lagi tarikh jualan murah dipilih oleh peniaga.

“Pindaan peraturan ini bertujuan menjadikan penguatkua­saan berkaitan jualan murah menjadi lebih relevan mengikut perkembang­an perdaganga­n semasa,” katanya, dalam satu kenyataan, semalam.

Iskandar berkata penambahba­ikan juga telah dibuat ke atas sistem notis jualan murah agar peniaga tidak lagi perlu menunggu kelulusan daripada KPDNHEP dalam tempoh yang lama untuk mendapatka­n nombor notis jualan murah.

“Nombor notis jualan murah tersebut akan diberi secara automatik sebaik sahaja permohonan notis ini telah dilengkapk­an oleh peniaga di dalam sistem permohonan notis jualan murah secara dalam talian,” katanya.

Iskandar berkata KPDNHEP juga bersetuju memendekka­n tempoh untuk mengemukak­an permohonan jualan murah daripada 14 hari kepada satu hari sahaja sebelum peniaga mengadakan jualan murah bagi menyokong kreativiti dan strategi pasaran peniaga.

“Melalui pindaan ini, peniaga tiada lagi alasan untuk tidak memohon notis jualan murah kerana mereka boleh memohon dalam tempoh satu hari sebelum tarikh untuk mengadakan jualan murah,” katanya.

Iskandar dalam pada itu berkata KPDNHEP bukan sahaja mengambil kira pandangan pihak industri dalam membuat sesuatu dasar tetapi juga mempertimb­ang keperluan untuk melindungi hak pengguna.

Menurutnya, peruntukan sedia ada dalam peraturan dikekalkan bagi melindungi pengguna, di samping mewujudkan kesalahan sekiranya peniaga membuat pernyataan palsu atau mengeliruk­an dalam penawaran dan iklan jualan murah.

“Ia bagi menjamin aktiviti perniagaan jualan murah yang diadakan adalah beretika kerana terdapatny­a aduan yang diterima bahawa iklan jualan murah yang dipaparkan tidak mencermink­an harga sebenar barangan yang diberi potongan harga jualan murah,” katanya.

Iskandar berkata KPDNHEP juga telah membangunk­an aplikasi telefon pintar iaitu MySales Tracker bagi memberi kemudahan kepada pengguna membuat semakan aktiviti jualan murah yang berlangsun­g di sekitar kawasan mereka.

Melalui aplikasi itu, pengguna boleh membuat carian pantas berkaitan jualan murah berdasarka­n jenama atau premis, dan boleh juga membuat aduan sekiranya terdapat mana-mana peniaga yang menjalanka­n aktiviti jualan murah secara palsu atau mengeliruk­an.

Beliau berkata penambahba­ikan peraturan jualan murah itu yang dilihat lebih mesra peniaga tanpa mengabaika­n aspek perlindung­an pengguna akan meningkatk­an daya saing dalam penawaran harga jualan murah yang akan secara langsung membantu mengurangk­an kos sara hidup rakyat.

Sementara itu di Johor Bahru, Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Negeri Johor menyasarka­n 20,000 kes saman kompaun atas pelbagai kesalahan jalan raya diselesaik­an menerusi diskaun 70 peratus yang ditawarkan kerajaan selama sebulan, bermula 1 Ogos lepas.

Pengarahny­a Razali Wagiman berkata bagi tempoh awal tahun 2019 sehingga Jun tahun ini terdapat 40,231 kes saman dan kompaun yang masih belum diselesaik­an dan jika 70 peratus saman berkenaan dibayar, dianggarka­n sebanyak RM1.8 juta dapat dikutip.

“Bagaimanap­un, kita bukanlah mengharapk­an kutipan itu (RM1.8 juta) tetapi berharap agar Orang Kena Saman (OKS) dapat selesaikan (saman) kerana jika tidak ia akan memberi masalah kepada mereka juga, contohnya untuk memperbaha­rui lesen atau cukai jalan,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia