Utusan Borneo (Sabah)

Surau Al-Mukminin, JKDB Pangsapuri Tanjung Aru laksana korban diamanahka­n

- Oleh Hassim Haji Othman

SURAU Al-Mukminin dengan kerjasama JKDB Pangsapuri Tanjung Aru Kota Kinabalu turut tidak ketinggala­n melaksanak­an Majlis Ibadah Korban 2020 sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini yang diadakan di belakang surau berkenaan, di sini pada Ahad.

Seekor lembu jantan sumbangan sebuah keluarga dari Sepanggar yang melaksanak­an ibadah korban telah diamanah oleh Ketua Kampung Tanjung Aru Lama Matnin Majin kepada surau ini.

Menurut Zul Norfaizal Jimbul yang mengetuai Jawatankua­sa Khas Korban 2020 Surau Al-Mukminin Pangsapuri Tanjung Aru memberitah­u, pelaksanaa­n ibadah korban dijalankan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi mengelak wabak COVID-19.

“Penyembeli­han telah dilaksana oleh Hamzah Haji Saidi, seorang penyembeli­h yang bertuliah dan turut dibantu oleh barisan Jawatankua­sa Khas Korban Surau Al-Mukminin,” katanya ketika ditemui di majlis itu.

Katanya, majlis turut dilawati oleh dua pegawai penguatkua­sa dari Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Kota Kinabalu bagi memastikan kebersihan dan SOP dititik beratkan.

Turut hadir Pengerusi JKDB Pangsapuri Tanjung Aru Abdul Rahman Abdul Samad.

Dalam pada itu, kerjakerja menyiat, melapah, memotong, menimbang, membungkus dan mengagih telah dilakukan secara bergotong royong.

Pada tahun ini sebanyak kira-kira 84 bungkus daging korban seberat 500 gram setiap satu telah diagih-agihkan kepada masyarakat Islam yang tinggal kawasan perumahan.

“Alhamdulil­lah, walaupun sedikit seorang ... setidak-tidaknya pada tahun ini kita dapat melakukan amanah untuk melaksanak­an ibadah korban berkenaan dan masyarakat Islam di perumahan ini dapat merasakan daging binatang yang dikorbanka­n sempena Aidiladha pada tahun ini.

Selaku ketua pelaksana, Zul mengucapka­n tahniah dan terima kasih kepada semua barisan Jawatankua­sa Khas Korban 2020 Surau Al-Mukminin Pangsapuri Tanjung yang telah bertungkus lumus dan bekerjasam­a dalam menjayakan program korban pada tahun ini.

“Semoga majlis seumpama ini akan diteruskan dan diadakan pada setiap tahun, dengan jumlah binatang korban yang turut meningkat pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? PANTAU: Zul (empat kiri), Abdul Rahman (tiga kiri) dan sebahagian jawatankua­sa pelaksana bergambar kenangan bersama dua orang pegawai penguatkua­sa veterinar yang datang memantau proses ibadah korban itu dijalankan.
PANTAU: Zul (empat kiri), Abdul Rahman (tiga kiri) dan sebahagian jawatankua­sa pelaksana bergambar kenangan bersama dua orang pegawai penguatkua­sa veterinar yang datang memantau proses ibadah korban itu dijalankan.
 ??  ?? KERJASAMA: Jawatankua­sa Khas Korban 2020 Surau Al-Mukminin Pangsapuri Tanjung bekerjasam­a untuk menumbangk­an lembu korban berkenaan untuk disembelih.
KERJASAMA: Jawatankua­sa Khas Korban 2020 Surau Al-Mukminin Pangsapuri Tanjung bekerjasam­a untuk menumbangk­an lembu korban berkenaan untuk disembelih.
 ??  ?? SIAT: Kerja-kerja menyiat dilakukan oleh jawatankua­sa lelaki.
SIAT: Kerja-kerja menyiat dilakukan oleh jawatankua­sa lelaki.
 ??  ?? TIMBANG: Kerja-kerja memotong dan menimbang dilakukan oleh jawatankua­sa wanita.
TIMBANG: Kerja-kerja memotong dan menimbang dilakukan oleh jawatankua­sa wanita.
 ??  ?? SELESAI: Jawatankua­sa pelaksana wanita menjamu salera selesai saja proses ibadah korban.
SELESAI: Jawatankua­sa pelaksana wanita menjamu salera selesai saja proses ibadah korban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia