Utusan Borneo (Sabah)

Guru nafi dakwaan seksual fizikal terhadap tiga pelajar

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun, sebat

- Oleh Hafizah Abdul Hamid

KUCHING: Seorang guru lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan melakukan seksual fizikal terhadap tiga pelajarnya dengan menarik kemaluan, mencium dan menyentuh payudara, awal tahun ini.

Lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanap­un mengaku tidak bersalah apabila kesemua tiga pertuduhan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibacakan terhadapny­a.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap dua pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan,

“Sebagai tambahan, tertuduh tidak dibenarkan menghubung­i atau mendekati mangsa dan keluarga mangsa atau saksi pendakwaan sama ada secara peribadi atau melalui ejen.

masing-masing berusia 12 tahun yang menuntut di sekolah serta berada di kelas yang sama.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa menarik kemaluan pelajar lelakinya untuk tujuan seksual, manakala pertuduhan kedua pula menyaksika­n dia didakwa mencium mulut dan menarik kemaluan seorang lagi pelajar lelaki lain.

Lelaki yang mengajar subjek matematik itu juga didakwa menyentuh payudara pelajar perempuann­ya, untuk tujuan seksual.

Kesalahan-kesalahan tersebut dilakukann­ya pada 14 Januari lalu, antara jam 9 dan 10 pagi di dalam sebuah kelas di sebuah sekolah kerajaan yang terletak di Petra Jaya, di sini.

Sebaik pengakuan tertuduh direkodkan, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya, Ruthra Raj memohon agar tertuduh diberi ikat jamin RM10,000 berserta dua penjamin tempatan.

Hakim Jason Juga memberikan tertuduh ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan deposit RM5,000 berserta dua penjamin tempatan beralamat tetap.

Mahkamah turut menetapkan 1 September depan untuk pengurusan kes.

“Sebagai tambahan, tertuduh tidak dibenarkan menghubung­i atau mendekati mangsa dan keluarga mangsa atau saksi pendakwaan sama ada secara peribadi atau melalui ejen,” ujar beliau semasa prosiding.

Tertuduh diwakili peguam Steven Beti dan Gerald Donald.

Jason Juga Hakim Mahkamah Sesyen

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia