Utusan Borneo (Sabah)

Penganggur dipenjara kerana pecah rumah

-

KUCHING: Seorang penganggur lelaki dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana melakukan pecah rumah dengan niat untuk melakukan kecurian pada hujung bulan lalu.

Selain hukuman penjara, Majistret Zaiton Anuar juga mengenakan denda RM500 atau sepuluh hari penjara sekiranya gagal membayar terhadap Saupi Mahli, 41, yang mengaku bersalah sejurus pertuduhan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dibacakan terhadapny­a.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memecah masuk sebuah rumah milik Wan Hazly Wan Hussain, 40, yang terletak di Kampung Telaga Air, Jalan Matang di sini, pada 28 Julai lalu, jam 11.45 pagi.

Menurut keterangan kes, apabila mangsa membuka pintu rumahnya, dia mendapati terdapat seorang lelaki (tertuduh) berada di dalam rumah tersebut.

Mangsa terus menahan tertuduh dan mendapati keadaan di ruang tamu, dapur dan tiga bilik tidur rumahnya berada dalam keadaan berselerak akibat diselongka­r.

Justeru, mangsa menghubung­i pihak polis untuk memohon bantuan dan tertuduh diserahkan kepada mereka untuk tindakan selanjutny­a.

Tertuduh turut berdepan satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen 25 (1) (n) Peraturan-Peraturan Pendaftara­n Negara 1990 kerana gagal mengemukak­an kad pengenalan semasa pemeriksaa­n polis pada jam 12.58 tengah hari, hari yang sama.

Mahkamah menetapkan tertuduh dipenjara sebulan untuk kesalahan tersebut.

Majistret Zaiton juga mengarahka­n agar keduadua hukuman penjara yang dikenakan terhadap tertuduh untuk berjalan serentak mulai dari tarikh dia ditangkap pada 28 Julai lalu.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia