Utusan Borneo (Sabah)

Tiga tukang tarik kereta didakwa cederakan remaja

-

MIRI: Tiga tukang tarik kereta termasuk dua beradik kembar yang ditangkap kerana disyaki mencederak­an seorang remaja lelaki diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman dua hari.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Leona Dominic Mojiliu setelah meluluskan permohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Andrew Binjua Jr.

Dalam permohonan­nya Andrew berkata, pada 1 Ogos lalu seorang remaja lelaki telah membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri mendakwa dipukul tiga lelaki.

Dalam aduannya, pengadu, 16, mendakwa sekitar jam 12.01 pagi hari sama di kawasan Miri Waterfront, semasa sedang berbincang dengan beberapa lelaki berhubung urusan tarik kereta, tiba-tiba dia dipukul tiga lelaki terbabit menggunaka­n kayu, rantai besi dan besi di seluruh badan termasuk kepala.

Akibat pukulan itu, pengadu telah mengalami kecederaan.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 9 malam, 2 Ogos lalu di hadapan sebuah restoran makanan segera di tepi jalan Tanjong Lobang, sepasukan polis diketuai ASP Unang Giang berjaya menangkap tiga lelaki kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Berikutan tangkapan itu, ketiga-tiga suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Dalam permohonan lanjutnya Andrew berkata, reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas ketiga-tiga suspek yang berusia 19 dan 34 tahun masing-masing dari Sungai Rait, Bakam dan

Merbau Estate di sini amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk mengesan barang kes seperti sebilah parang, besi dan rantai besi yang digunakan di dalam pergaduhan itu.

Sekiranya suspek dibebaskan awal, dikhuatiri akan menjejaska­n siasatan lanjut polis.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman dua hari ke atas ketiga-tiga suspek sehingga 5 Ogos ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia