Utusan Borneo (Sabah)

Ulangi kesalahan, penjenayah tegar dihukum penjara lima tahun

-

MIRI: Seorang penjenayah tegar dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen setelah mengaku bersalah atas tuduhan berulangka­li terlibat kegiatan penyalahgu­naan dadah dan pernah disabitkan dengan dua kesalahan serupa.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuas­akan mulai tarikh tangkapan pada 30 September, 2019.

Pek Thiam Chai, 61, dari Bandar Baru Permyjaya di sini telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39C (1) (b) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta sebat tidak kurang dari tiga kali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah menggunaka­n dadah berbahaya jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine yang terkandung dalam Jadual Pertama ADB 1952, dengan memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa dan turut mempunyai dua sabitan kesalahan di bawah seksyen sama oleh Mahkamah Majistret Miri bertarikh 4 Oktober 2017 dan 4 Disember 2018, yang mana sabitan itu masih berjalan dan mempunyai kuat kuasanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1.40 petang, 30 September 2019 di pejabat Bahagian Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Terdahulu, kes ditetapkan untuk bicara namun tertuduh berhasrat menukar pengakuann­ya kepada bersalah.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Aftal Mariz Mohamed di hadapan Hakim Mohd Taufik Mohd @ Mohd Yusoff, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia