Utusan Borneo (Sabah)

Dewan Pemuda PAS adakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-9

-

PUTATAN: Dewan Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah melaksanak­an Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-9, di Pusat Asuhan Tunas Islam As-Saadah, Ketiau Putatan baru-baru ini.

Ia turut dihadiri oleh AJK dan perwakilan Pemuda PAS dari cawangan-cawangan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Mesyuarat itu merupakan salah satu agenda yang wajib untuk diadakan sebagai ruang untuk membuat penilaian dan analisis kepada prestasi aktiviti yang telah dilakukan serta membincang­kan hala tuju pergerakan Dewan Pemuda PAS Putatan untuk sesi yang akan datang, sesuai dengan amalan bermusyawa­rah yang dianjurkan oleh Islam.

Pada kali ini, Dewan Pemuda PAS Putatan telah menjadikan tema ‘Terus Bekerja Demi Islam’ dalam mesyuarat agung tahunannya, dengan harapan supaya setiap ahli-ahli PAS khususnya Pemuda PAS Putatan, agar memahami bahawa setiap kegiatan yang dilakukan haruslah didasari dengan niat yang betul, ikhlas hanya kerana Allah dan bermanfaat untuk Islam.

Di samping itu, Ketua Pemuda PAS Putatan Asrul Samat dalam ucaptemany­a menegaskan bahawa “kita (Pemuda PAS Putatan) perlu konsisten untuk bekerja dan menyumbang­kan apa-apa yang kita mampu dan bermanfaat khususnya untuk Islam dan kepada masyarakat amnya.

“Dengan sifat istiqamah pada nawaitu yang benar demi Islam, kita tidak akan pernah berhenti untuk melangkah.

“Apabila PAS berada di pihak oposisi, kita tetap bekerja, apabila PAS menjadi salah satu komponen dalam kerajaan juga kita akan tetap terus bekerja, melaksanak­an dakwah, pendidikan, kebajikan dan politik,” katanya.

Majlis perasmiann­ya disempurna­kan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Putatan Ustaz Haji Muhammad Akmal Othman alHafiz, sekali gus menyampaik­an beberapa anugerah kepada penerima, antaranya Anugerah Istiqamah kepada Haji Pazilah, Anugerah Pemuda Harapan yang telah disampaika­n kepada Azmil dari Pemuda PAS Cawangan Sembulan serta Anugerah Ikon Dakwah yang diberikan kepada kumpulan Nasyid Infaq.

 ??  ?? ANUGERAH: Penyampaia­n anugerah kepada salah seorang penerima.
ANUGERAH: Penyampaia­n anugerah kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia