Utusan Borneo (Sabah)

Golongan belia boleh pacu Malaysia ke arah masa depan yang lebih baik

-

KUALA LUMPUR: Golongan belia, pemimpin masa depan, harus diberi lebih banyak peluang dan kesempatan untuk menyuaraka­n pendapat mereka dengan rakan seperjuang­an yang berbilang kaum, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Negarawan berusia 95 tahun itu percaya belia Malaysia boleh memperkasa dan memacu negara ke arah masa depan yang lebih baik jika diberi platform yang sesuai seperti forum atau perbincang­an digital.

“Melalui platform itu, mereka boleh mengenal pasti masalah tertentu dan mengadakan perbincang­an secara berkala. Bersama dengan rakan-rakan kaum Melayu, Cina dan India, ia (perbincang­an) itu akan mengasah fikiran dan pemahaman mereka mengenai nilai-nilai moral.

“Dari situ, mereka dapat memahami antara satu sama lain terutama mengenai politik. Siapa tahu, mereka dapat menjalin persahabat­an. Itulah sebabnya mengapa adalah penting untuk mendedahka­n belia kita, berkomunik­asi dan menerima perbezaan secara positif,” katanya.

Bercakap pada ceramah digital anjuran MyPerintis, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mempromosi­kan Pemerkasaa­n Belia, Dr Mahathir berkata generasi muda harus kekal aktif dan terlibat dalam pelbagai aktiviti agar minda mereka sibuk dan terisi jadi tidak membazirka­n peluang untuk membangunk­an negara. Selain itu, Dr Mahathir turut menasihatk­an rakyat Malaysia untuk meneroka cara yang berbeza menjalanka­n perniagaan, termasuk platform dalam talian terutama pembayaran balik pinjaman bank tidak bertahan selamanya.

“Anda mesti berfikir panjang bila kemudahan moratorium itu dihentikan, maka anda tidak akan mendapat sokongan lagi. Apakah yang akan anda lakukan pada masa itu? Saya bersimpati dengan mereka yang gagal beralih ke perniagaan lain. Tetapi harus sentiasa ingat bahawa moratorium bukan untuk selamalama­nya, pada tahap tertentu anda harus membayar hutang anda,” katanya.

Kerajaan baru-baru ini mengumumka­n lanjutan moratorium tiga bulan bagi individu yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan pada tahun 2020 berikutan impak daripada pandemik COVID-19 manakala yang selebihnya kerajaan akan melaksanak­an pendekatan bersasar.

Sebelum ini, kerajaan mengumumka­n tempoh moratorium enam bulan dari April hingga September 2020, di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat PRIHATIN untuk mengurangk­an impak daripada pandemik itu.

Dr Mahathir berkata mereka yang tidak mempunyai kapasiti untuk menceburi perniagaan baharu boleh menggunaka­n platform ekonomi gig seperti Grab dan Foodpanda, untuk menjual produk mereka secara terus kepada pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia