Utusan Borneo (Sabah)

Penggal pertama sekolah tahun hadapan dibuka mulai 20 Januari

Mengambil kira pelbagai aspek yang terkesan akibat pelaksanaa­n PKP

-

KUALA LUMPUR: Tarikh pembukaan penggal pertama persekolah­an sesi 2021 di seluruh negara ditetapkan pada Rabu 20 Januari.

Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin berkata tarikh itu ditetapkan berdasarka­n takwim tahun 2021 yang telah dimuktamad­kan.

Beliau berkata takwim penggal dan cuti persekolah­an bagi tahun 2021 itu disediakan dengan mengambil kira pelbagai aspek yang terkesan akibat pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan pandemik COVID-19.

“Jadi, penyelesai­an untuk cabaran yang timbul sepanjang tempoh ini tentunya memerlukan pendekatan dan kaedah yang luar daripada kebiasaan. Begitu juga dalam konteks pindaan takwim persekolah­an dan takwim peperiksaa­n.

“Berdasarka­n tarikh baharu ini, kita buka (sekolah) jauh lebih lewat daripada biasa. Takwim persekolah­an tahun 2020 telah dipinda dengan memaksimum­kan tempoh hari persekolah­an dan mengurangk­an cuti akhir tahun,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidanga­n Dewan Rakyat di sini, semalam.

Radzi berkata, penguranga­n cuti akhir tahun itu membolehka­n pelajar mempunyai tempoh pembelajar­an secara bersemuka yang mencukupi

“Berdasarka­n tarikh baharu ini, kita buka (sekolah) jauh lebih lewat daripada biasa. Takwim persekolah­an tahun 2020 telah dipinda dengan memaksimum­kan tempoh hari persekolah­an dan ” mengurangk­an cuti akhir tahun.

Dr Radzi Jidin Menteri Kanan Pendidikan

sebagai persediaan untuk tahun berikutnya.

Ini kerana terdapat kelemahan dalam pelaksanaa­n pengajaran dan pembelajar­an (PdP) melalui kaedah ‘Home-Based Learning’ sepanjang tempoh PKP.

Beliau berkata, kaedah itu adalah sesuatu yang baharu dalam kalangan guru, pelajar dan ibu bapa selain ramai pelajar tidak dapat mengikuti pembelajar­an dalam talian kerana akses kepada teknologi komunikasi yang terhad.

“Jika situasi ini berterusan, murid akan menghadapi kesukaran untuk mencapai tahap penguasaan minimum dalam setiap mata pelajaran yang diikuti. Ini akan memberi kesan kepada minat dan motivasi murid untuk terus mengikuti pembelajar­an.

“Kementeria­n telah meneliti secara menyeluruh untuk jangka masa sederhana dan jangka panjang bagi memastikan murid sekurang kurangnya mencapai tahap penguasaan minimum dalam setiap mata pelajaran yang diikuti,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kementeria­n telah menjalanka­n Kajian Kesediaan Murid dalam Pembelajar­an Secara dalam Talian pada 28 Mac hingga 2 April lalu melibatkan 670,118 responden yang terdiri daripada ibu bapa kepada 893,331 pelajar.

Beliau berkata dapatan kajian itu menunjukka­n enam peratus pelajar memiliki komputer peribadi; 9.3 peratus memiliki komputer riba; 5.8 peratus memiliki tablet dan 46.5 peratus memiliki telefon pintar.

Namun pada masa sama, katanya masih terdapat 36.9 peratus pelajar sekolah yang tidak mempunyai sebarang peranti bagi membolehka­n mereka mengikuti pembelajar­an secara dalam talian.

“Dapatan ini menunjukka­n bahawa sebahagian besar murid tidak dapat mengikuti pembelajar­an secara dalam talian dengan berkesan kerana tidak memiliki peranti bersesuaia­n ... terdapat juga kekangan dalam akses kepada Internet.

“Keadaan ini menyebabka­n pembelajar­an tidak dapat berlaku secara menyeluruh dan seragam kepada semua murid,” katanya.

Berikutan itu, Radzi berkata Home-based Learning turut dilaksanak­an melalui siaran TV Pendidikan melalui saluran TV Okey dan Tutor TV Astro 601 dan 603 serta rancangan radio pendidikan menerusi Kedah FM, Terengganu FM dan Johor FM.

Selain itu, terdapat guru yang melaksanak­an PdP melalui serahan bahan pembelajar­an kepada pelajar yang dibuat melalui pelbagai kaedah seperti perkhidmat­an pos, bantuan penghantar­an oleh Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan kaunter pandu lalu di sekolah.

 ??  ?? RADZI
RADZI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia