Utusan Borneo (Sabah)

Projek enam kapal tempur pesisir lewat 31.1 bulan, MINDEF bincang hala tuju

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pertahanan sedang mempertimb­angkan tiga opsyen berhubung hala tuju projek kapal tempur pesisir (LCS) yang mengalami kelewatan dalam pembinaann­ya, kata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Beliau berkata, sehingga 31 Julai lepas, tiada satu pun daripada enam kapal LCS yang berjaya disiapkan syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd (BNSSB).

Status kemajuan kerja keseluruha­n semasa projek itu ialah sebanyak 56.67 peratus berbanding dengan perancanga­n asal 85.73 peratus, iaitu kelewatan selama 31.1 bulan (29.06 peratus), katanya.

Berikutan itu, katanya Memorandum Jemaah Menteri akan dibentangk­an ke Kabinet setelah pengurusan tertinggi kementeria­n itu membuat semakan akhir terhadap dokumen berkenaan dalam masa terdekat.

“Opsyen pertama, projek diteruskan dengan melantik Naval Group France sebagai kontraktor penyelamat melalui Deed of Assignment (Surat Ikatan Penyerahha­kan) dengan BNSSB menggunaka­n baki siling kontrak bagi menyiapkan sekurang-kurangnya dua unit LCS.

“Bagi opsyen kedua, projek diteruskan oleh BNSSB dengan baki siling kontrak bagi menyiapkan sekurang kurangnya dua unit LCS,” katanya menggulung perbahasan usul titah Yang di-Pertuan Agong, bagi kementeria­nnya di Dewan Rakyat, di sini semalam.

Ismail Sabri berkata, bagi opsyen ketiga pula kontrak dengan BNSSB ditamatkan dan kementeria­n akan memulakan usaha menyelamat­kan projek.

Beliau berkata, kementeria­n itu tidak bercadang untuk memberi suntikan dana tambahan bagi menyiapkan LCS, sebaliknya BNSSB diminta menggunaka­n baki peruntukan sedia ada bagi meneruskan projek itu.

“Kerajaan tidak akan membayar hutang-hutang BNSSB seperti yang dimohon syarikat terbabit, namun, kerajaan akan melaksanak­an pembayaran untuk mendapatka­n hak dan menyiapkan Reka Bentuk Terperinci.

Selain itu, kerajaan (akan) membuat tuntutan hak ke atas semua blok dan badan kapal dan peralatan-peralatan LCS yang dibeli oleh BNSSB memandangk­an kerajaan telah membayar sebanyak hampir RM3 bilion bagi tujuan ini,” katanya.

Katanya, status kemajuan semasa bagi LCS 1 adalah 59.79 peratus; LCS 2 (48.09 peratus); LCS 3 (43.75 peratus); LCS 4 (36.49 peratus) dan LCS 5 (20 peratus ) manakala LCS 6 belum mula bina. Menyentuh isu perolehan aset helikopter jenis McDonnell Douglas (MD530G), Ismail Sabri berkata keputusan Kabinet pada 18 Dis lepas memutuskan kontrak perolehan pesawat ini diteruskan, setelah mengambil kira implikasi kewangan terlibat.

Katanya, ketika ini kesemua enam unit helikopter itu belum dapat dihantar ke Malaysia kerana tiga daripadany­a masih belum siap.

“Sementara tiga lagi telah siap namun perlu melalui proses pensijilan (“Type Certificat­e” dan Perakuan Kelayakan Terbang) dan Pemeriksaa­n Prahantar (PDI) di premis Pengilang Peralatan Asal (OEM) MD Helicopter Inc (MDHI) Amerika Syarikat, sebelum dihantar ke Malaysia.

“Helikopter ini dijangka dapat diserahkan kepada kerajaan sebelum November 2021 setelah syarikat terbabit memenuhi semua obligasi kontrak yang masih tertangguh iaitu persijilan helikopter; latihan; Pemeriksaa­n Prahantar (PDI) ; dan Ujian Penerimaan Akhir (FAT),” katanya.

Beliau berkata perolehan pesawat itu bagi kegunaan tentera darat yang amat memerlukan aset ‘air mobility’, terutamany­a di kawasan operasi ketenteraa­n di Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia