Utusan Borneo (Sabah)

Tiada keperluan tubuh jaringan keselamata­n laluan sempadan Kalimantan-Sarawak

-

KUALA LUMPUR: Tiada keperluan ketika ini untuk menubuhkan jaringan keselamata­n laluan di sempadan Kalimantan-Sarawak bagi memantau sempadan negara di negeri itu, Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata ketika ini operasi bersepadu Ops Benteng di bawah National Task Force (NTF) sedang dilaksanak­an.

Katanya, Tentera Darat Malaysia telah menempatka­n formasi-formasi di kedudukan yang strategik di kawasan sempadan negara di Sarawak.

“Ops Benteng menggabung­kan semua agensi penguatkua­saan sempadan merupakan langkah terbaharu yang diambil oleh kerajaan bagi memperkuku­hkan kawalan sempadan daratan khususnya negeri Sarawak.

“Markas Pemerintah­an Medan Timur selaku Land Component Commander Timur (LCC Timur) adalah bertanggun­gjawab untuk menyelaras­kan usaha bersepadu di bawah NTF ini,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, bagi kementeria­n itu.

Jelasnya, Tentera Darat Malaysia dan Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI-AD) turut melakukan rondaan keselamata­n secara bersama di kawasan sempadan seperti di Limbang, Bareo dan Ba’kelalan, Sarawak.

Kata beliau kerajaan juga terus memperkuku­hkan hubungan baik melalui diplomasi pertahanan dengan negara jiran di sempadan daratan Malaysia timur melalui forum yang berkaitan seperti Jawatankua­sa Sempadan Am Malaysia-Indonesia (GBC MALINDO) dan lawatan timbal balas mesyuarat unit komander (UCM) Patroli Terkoordin­asi (PATKOR).

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memberi tahu Dewan Rakyat, penggunaan pesawat Beechcraft bagi tugas rondaan maritim akan digantikan dengan Pesawat Peronda Maritim (MPA) selaras Pelan Rancangan Pembanguna­n Keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2055 atau dikenali sebagai CAP55 (Capability Developmen­t 55).

Katanya, MPA lebih berkemampu­an melaksanak­an rondaan maritim dengan lebih menyeluruh dan berkesan.

“Pesawat Beechcraft akan ditamatkan perkhidmat­annya pada 2024 setelah menjangkau usia perkhidmat­an 30 tahun selari dengan Dasar Kasting Perintah Am Angkatan Tentera,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata TLDM telah mengkaji dan melaksanak­an penambahba­ikan terhadap teknik serta prosedur penerbanga­n sedia ada termasuk prosedur operasi standard (SOP) pesawat Beechcraft.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia