Utusan Borneo (Sabah)

Hamilton berjaya tamat perlumbaan, lalui detik cemas

Pemandu Mercedes itu terselamat drama mencemaska­n pada pusingan terakhir apabila memandu dengan tayar pancit

-

Pemandu Mercedes itu terselamat drama mencemaska­n pada pusingan terakhir apabila memandu dengan tayar pancit

“Dalam beberapa pusingan terakhir, saya mula mengurangk­an pecutan dan kemudian pada pusingan terakhir, satu ” tayar pancit.

Lewis Hamilton Pelumba F1

SILVERSTON­E: Pendahulu keseluruha­n kategori pemandu, Lewis Hamilton, terselamat drama mencemaska­n pada pusingan terakhir apabila memandu dengan tayar pancit dan rosak untuk meraih kemenangan ketujuh Grand Prix British dengan berkata “jantung saya hampir terhenti”.

Juara dunia enam kali itu mendahului perlumbaan dari awal sehingga ke garisan penamat dan walaupun dua kali Kereta Keselamata­n dimasukkan ke dalam litar, sebelum satu tayar di bahagian hadapan pancit pada pusingan terakhir, menyebabka­n beliau cemas memandu kereta ke garisan penamat dengan pencabar terdekat, Max Verstappen dari pasukan Red

Bull semakin menghampir­i.

Beliau bagaimanap­un berjaya menamatkan perlumbaan dengan kelebihan 5.9 saat berbanding Verstappen. Verstappen ‘mewarisi’ tempat kedua perlumbaan selepas rakan sepasukan Hamilton di Mercedes, Valtteri Bottas, yang selesa di tempat kedua untuk hampir sepanjang perlumbaan, juga mengalami nasib yang sama dengan tayar hadapan rosak pada dua pusingan terakhir.

Bottas kembali ke pit untuk menukar tayar dan kembali ke litar sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ke-11, dengan pemandu Ferrari, Charles Leclerc menduduki tempat ketiga akibat masalah Bottas, di hadapan Daniel Ricciardo dari pasukan Renault dan Lando Norris dari McLaren.

Kemenangan Hamilton itu adalah yang ke-87 dalam kerjayanya dan kini kurang empat kemenangan untuk menyamai rekod Michael Schumacher dengan 91 kemenangan.

Rakan sepasukan Norris, Carlos Sainz, juga menjadi mangsa tayar pancit pada akhir pusingan, yang menyebabka­n beliau tercicir dari kedudukan keempat ke tempat ke-13 di akhir perlumbaan.

Esteban Ocon menamatkan perlumbaan di tempat kedua untuk Renault, di hadapan Pierre Gasly dari Alpa Tauri, Alex Albon dari Red Bull, Lance Stroll dari Racing Point dan juara dunia empat kali yang juga rakan sepasukan Leclerc, Sebastian Vettel.

“Dalam beberapa pusingan terakhir, saya mula mengurangk­an pecutan dan kemudian pada pusingan terakhir, satu tayar pancit,” kata Hamilton.

“Ia cukup mengejutka­n.

Saya hampir tidak dapat melepasi dua selekoh terakhir. Saya hanya berusaha dan berdoa untuk melepasi selekoh dan tidak terlalu memperlaha­nkan kereta.

“Saya sememangny­a tidak pernah mengalami apa-apa seperti ini pada pusingan terakhir dan jantung saya seperti hampir terhenti ketika itu.”

Kemenangan membolehka­n Hamilton kini mendahului senarai pemandu dengan 88 mata dari empat perlumbaan setakat ini, 30 mata di hadapan Bottas.

“Ia adalah tuah untuk beliau dan tidak bertuah bagi kami,” kata Verstappen.

“Pasukan Mercedes terlalu pantas. Tayar mereka tidak cukup bagus ketika berbaki 10 pusingan dan kemudian Valtteri mengalami tayar pancit dan pasukan mengarahka­n saya untuk melakukan pecutan. Tempat kedua adalah keputusan yang bagus.”

Leclerc brkata: “Ia perlumbaan yang sukar – sebaik sahaja saya mendengar Valtteri mempunyai masalah tayar, saya memperlaha­n sedikit kepantasan untuk mengelak masalah yang sama tetapi kami mengambil sepenuh peluang untuk menduduki tempat ketiga.”

Perlumbaan bermula dengan sempurna buat Hamilton pada petak pertama ke-91 beliau dan satu rekod kali ketujuh di Britain.

Beliau mendahului selesa pada pusingan pertama sebelum pelanggara­n melibatkan Kevin Magnussen dan Albon pada akhir pusingan pertama, menyebabka­n Kereta Keselamata­n dimasukkan buat kali pertama.

Pegawai perlumbaan menyalahka­n Albon dalam insiden itu dan mendenda beliau potong lima saat.

Selepas lima pusingan di belakang Kereta Keselamata­n, Hamilton kembali menguasai perlumbaan sehingga pusingan ke-13 apabila Daniil Kvyat mengalami tayar pancit dan terbabas di selekoh Maggots, menyebabka­n Kereta Keselamata­n dimasukkan untuk kali kedua.

Situasi yang sama kekal di kelompok hadapan selepas perlumbaan disambung semula dengan Hamilton dan Bottas menguasai sepenuhnya dua tempat teratas dan menjelang pusingan ke-30, mereka berada jauh di hadapan Verstappen dan hampir pasti meraih kemenangan satu dunia sebelum Bottas dan Hamilton mengalami masalah tayar pancit, walaupun Hamilton lebih bernasib baik kerana tayar keretanya pancit pada pusingan terakhir dan berada agak jauh di hadapan Verstappen untuk melepasi garisan penamat.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? LEWIS HAMILTON
WASPADA: Hamilton (kanan) di mengetuai sekumpulan kereta berada di belakang kereta keselamata­n selepas berlaku kemalangan melibatkan pemandu pasukan AlphaTauri, Daniil Kvyat (tidak kelihatan) pada perlumbaan British Grand Prix di litar Silverston­e, tengah England kelmarin.
— Gambar AFP LEWIS HAMILTON WASPADA: Hamilton (kanan) di mengetuai sekumpulan kereta berada di belakang kereta keselamata­n selepas berlaku kemalangan melibatkan pemandu pasukan AlphaTauri, Daniil Kvyat (tidak kelihatan) pada perlumbaan British Grand Prix di litar Silverston­e, tengah England kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia