Utusan Borneo (Sabah)

Alisson puji Jurgen Klopp

-

LONDON: Penjaga gol Liverpool, Alisson, memuji pengurusny­a, Jurgen Klopp kerana membimbing kelab memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris dalam apa yang beliau gelar musim paling “meletihkan” dalam kehidupann­ya.

Liverpool memenangi kejuaraan liga yang pertama mereka sejak 30 tahun pada bulan Jun lepas – tiga bulan selepas pandemik koronaviru­s (COVID-19) menangguhk­an musim selama tiga bulan.

Dan penjaga gol antarabang­sa Brazil itu memberitah­u penyiaran ESPN Brasil pada Ahad bahawa Klopp menjadi nadi utama di sebalik musim berjaya Liverpool.

“Ini adalah salah satu musim paling meletihkan yang pernah saya alami. Saya tidak tahu jika ia kerana pandemik, musim yang lebih panjang... ia juga salah satu musim di mana saya bermain agak kurang kerana kecederaan.

“Kami tersingkir awal dari Liga Juara-Juara tetapi saya fikir kelebihan itu datang kerana kami memberikan segala-galanya pada setiap perlawanan. Klopp mempunyai kesan besar dalam semua itu, beliau hanya memberitah­u kami apa sasaran utama kami. Kami juga mengambil kira tentang bagaimana cara untuk mencapai sasaran itu – dengan berlatih, dengan cara beliau menguruska­n sesi latihan kami. Beliau percaya dengan kami untuk melakukan apa yang kami mahukan, bukan sahaja pada sesi latihan tetapi juga untuk perkara seharian kami.

“Beliau seorang yang bersemanga­t dan beliau menunjukka­nnya. Beliau mahukan kemenangan dan menjadikan Liverpool kelab yang lebih hebat,” kata Alisson.

Liverpool mengumpul 99 mata musim ini, jumlah mata keseluruha­n kedua tertinggi dalam sejarah Liga Perdana dan berada 18 mata di hadapan pencabar terdekat, Manchester City.

Mereka mengesahka­n kejuaraan liga dengan baki tujuh perlawanan – tempoh paling pantas dalam sejarah liga elit bola sepak Inggeris.

Alisson berkata rahsia kepada musim hebat itu adalah persefaham­an di kalangan pemain dalam padang.

“Pasukan kami sememangny­a sangat kuat. Setiap pasukan mempunyai kualiti yang cukup hebat secara individu dan kami mempunyai sekurang-kurangnya empat pemain yang sentiasa di kemuncak prestasi, terbaik di dunia di posisi mereka dan ia menjadikan pasukan cukup istimewa. Tetapi apa yang menjadi perbezaan utama ialah cara kami bermain bersama,” kata beliau. “Kami berfikir sebagai sebuah pasukan, kami mempunyai sasaran yang sama dan melakukan segala-galanya untuk mencapai sasaran itu.”

 ??  ?? JURGEN KLOPP
JURGEN KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia