Utusan Borneo (Sabah)

Lampard minta ‘permulaan adil’ tangguh perlawanan pertama

-

LONDON: Pengurus Chelsea, Frank Lampard, menggesa Liga Perdana memberikan pasukan mereka ‘permulaan adil’ dengan menangguhk­an perlawanan pertama mereka sehingga selepas cadangan tarikh 12 September untuk musim baharu. Chelsea tewas kepada Arsenal di final Piala FA Inggeris Sabtu lepas dan kehilangan tiga pemain kerana kecederaan, selain Willian dikeluarka­n dari senarai pasukan 48 jam sebelum perlawanan kerana kecederaan.

N’Golo Kante hanya bermula di bangku simpanan pada perlawanan itu kerana baru sembuh dari kecederaan.

Chelsea akan menyambung musim mereka hujung minggu ini dengan perlawanan kedua pusingan kedua Liga JuaraJuara menentang Bayern Munich di Jerman. Mereka tewas 0-3 pada perlawanan pertama dan dijangka akan tersingkir awal tetapi Lampard masih bimbang dengan kekurangan masa rehat menjelang musim baharu.

Kelab-kelab Liga Perdana mengundi memberikan semua pasukan tempoh rehat 30 hari, bermakna ada permulaan awal bagi mereka yang terlibat dalam pertanding­an di Eropah yang disambung semula pada bulan Ogos tetapi Lampard merayu pengurusan liga untuk memastikan Chelsea adalah antara mereka yang akan memulakan musim baharu 2020/2021 dengan lebih lewat.

“Saya berharap kami akan diberitahu bila kami bermula dan ia akan bergantung dengan bagaimana perlawanan menentang Bayern Munich,” kata beliau. “Saya tidak lupa perlawanan menentang Bayern adalah perlawanan penting bagi kami.

“Pemain memerlukan rehat sebelum membuat persediaan untuk perlawanan itu. Ia tidak ideal jika kami terus bermain menentang Bayern, dan jika keajaiban berlaku (meneruskan kemaraan), maka pemain akan memerlukan lebih banyak masa rehat.

“Walaupun jika kami tidak meneruskan kemaraan, perlawanan pada 12 September masih terlalu awal untuk pemain bermain semula. Pemain memerlukan rehat. Kerana itu kami mempunyai dua kecederaan (Christian Pulisic dan Cesar Azpilicuet­a) dan beberapa pemain mengalami kecederaan yang sama sebelum ini.

“Saya mahu memikirkan Liga Perdana akan melihat serius situasi ini dan berharap memberikan kami permulaan yang adil pada musim hadapan. Kami selayaknya kerana kami bertanding dalam Liga Perdana.”

 ??  ?? FRANK LAMPARD
FRANK LAMPARD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia