Utusan Borneo (Sabah)

Budayakan sukan dalam kehidupan: Frankie

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Budayakan sukan dalam hidup seharian secara tidak langsung juga membentu gaya hidup sihat kalangan masyarakat selain menghindar­kan masalah obesiti dan penyakit tidak berjangkit.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, budaya bersukan sememangny­a perlu disemarakk­an dalam diri, bersukan tidak seharusnya dipandang sebagai aktiviti yang membebanka­n, tetapi ia adalah datu medium untuk kita sentiasa kekal cergas dan aktif.

“Justeru marilah kita bersama sama menjadikan sukan dan riadah sebagai rutin dan amalan seharian bagi mengekalka­n kesihatan dan kecergasan diri masing masing,” katanya ketika merasmikan Kejohanan Bola Sepak dan Bola Tampar Kampung Pulau Berhala, kelmarin.

Beliau yang juga penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat amat menyokong dengan kejohanan ini, kerana bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat penduduk kampung malahan juga dapat melahirkan warga yang sihat, cergas dan produktif, di samping itu, program ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dan semangat berpasukan yang tinggi dalam sesebuah pasukan. “Saya percaya program seumpama ini haruslah dimanfaatk­an sepenuhnya, bukan sahaja untuk mengeratka­n lagi semangat perpaduan, kekitaan dan kekeluarga­an dalam kalangan warga sukan bola sepak dan bola tampar. “Tetapi juga menjadi medan terbaik untuk mempamer dan menunjukka­n kebolehan dan potensi yang ada pada para penduduk,” katanya. Frankie berpesan kepada semua peserta untuk bertanding dengan semangat kesukanan dan disiplin yang tinggi. “Tunjukkan semangat berpasukan dan kepimpinan serta daya juang yang tinggi. Kalah dan menang adalah lumrah pertanding­an. Apa yang penting adalah kesungguha­n dan usaha untuk berjaya,” katanya. Beliau berkata, semangat kesukanan dan setiakawan yang tinggi seterusnya menyumbang kepada pembanguna­n dan kemajuan sukan bola sepak dan bola tampar di negeri dan negara. Frankie mengingatk­an semua pihak agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membasmi penularan COVID-19 di negara ini.

 ??  ?? AKSI: Para peserta bertanding menunjukka­n semangat kesukanan yang tinggi.
AKSI: Para peserta bertanding menunjukka­n semangat kesukanan yang tinggi.
 ??  ?? TAHNIAH: Frankie bersama jawatankua­sa kejohanan bergambar dengan para pemenang.
TAHNIAH: Frankie bersama jawatankua­sa kejohanan bergambar dengan para pemenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia