Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: Jelajah WTA disambung semula

-

PALERMO: Hampir lima bulan selepas musim tenis terhenti ekoran penularan pandemik koronaviru­s (COVID-19) di seluruh dunia, Jelajah WTA disambung semula dengan kejohanan tanpa penonton tetapi dipantau rapi di sini semalam.

Kejohanan di Sicily, yang bermula beberapa minggu sebelum dua kejohanan Grand Slam Terbuka Amerika (AS) dan Terbuka Perancis, sudah kehilangan nama besar seperti pilihan pertama, Simona Halep, yang menarik diri dari kejohanan kerana kebimbanga­n risiko kesihatan sementara seorang pemain kurang ternama juga menarik diri dari pusingan kelayakan selepas ujian positif untuk COVID-19.

Sofia Kenin dan Elina Svitolina masing-masing memenangi kejuaraan di Lyon dan Monterrey pada 8 Mac, hari terakhir perlawanan kompetetif sebelum sukan tenis terhenti ekoran COVID-19.

Kejohanan berprestij Indian Wells di California menjadi kejohanan pertama dibatalkan kerana pandemik. Terbuka Perancis kemudian dipindahka­n ke akhir bulan September dengan kejohanan Wimbledon dibatalkan buat kali pertama sejak Perang Dunia Ke-II.

Semua kejohanan elit di China di antara sekarang dan akhir tahun telah dibatalkan tetapi Terbuka AS mengintai untuk kembali ke tarikh normal pada bulan Jun apabila ia diumumkan bahawa kejohanan itu akan dikekalkan pada jadual asal – walaupun tanpa penonton dan di bawah protokol ketat kesihatan.

Bagaimanap­un, ketika kejohanan wanita bermula semalam, kejohanan tenis lelaki harus menunggu sehingga kejohanan Terbuka Western dan Southern – yang dipindahka­n dari venue tradisi di Cincinnati ke New York – bermula pada 22 Ogos, selepas kejohanan di Washington DC dibatalkan.

Kejohanan di sini akan memaparkan pemain dari benua Eropah dan hanya tiga pemain dari senarai 20 ranking teratas dunia - diketuai pemain ranking ke-15 dunia, Petra Martic, naib juara Terbuka Perancis 2019, Marketa Vondrousov­a dan Maria Sakkari dari Greece.

“WTA sudah memberi amaran kepada kami bahawa pada dua minggu pertama adalah kejohanan ujian,” kata pemain ranking ke-174 dunia, Chloe Paquet, dengan pertanding­an lain di Prague dan Kentucky menyusul.

“Kami tahu jika semuanya berjalan lancar, ada kejohanan lain menyusul. Jika tidak, kalendar tenis mungkin dirombak sekali lagi,” tambah Paquet.

Ketika tenis cuba mengembali­kan musim di peringkat tertinggi semasa pandemik, para pemain akan sentiasa menjalani ujian – bermula dengan setiba mereka di Palermo dan pada setiap empat hari.

Pelitup muka tidak diwajibkan apabila bermain atau makan sementara pasukan sokongan hanya dihadkan kepada seorang ketika penganjur cuba mengurangk­an sentuhan di antara pemain dan dunia luar.

 ??  ?? SCOTT PARKER
SCOTT PARKER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia