Utusan Borneo (Sabah)

WARISAN tutup pintu kepada bekas wakil rakyatnya

Sebaliknya parti akan tampilkan muka baharu dalam PRN: Dr Yusof

-

LABUAN: Parti Warisan Sabah (WARISAN) menutup rapat pintu kepada bekas wakil rakyatnya yang telah berpaling tadah, untuk bertanding semula dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Penerangan WARISAN, Datuk Dr. Yusof Yacob, berkata pucuk pimpinan parti tidak berkomprom­i dengan pemimpin yang tiada pendirian, sebaliknya akan menampilka­n muka baharu untuk bertanding mempertaha­nkan kerusi yang dikuasai sebelum ini.

“Pemimpin yang lebih mementingk­an habuan wang ringgit serta mudah dijual beli tidak akan ada tempat dalam

WARISAN,” katanya ketika menyampaik­an ceramah politik sempena Program Jelajah parti itu di sini kelmarin.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, turut hadir pada majlis bersama ahli-ahli jawatankua­sa bahagian sayap Wira, Wanita dan Wirawati serta ketuaketua cawangan WARISAN Labuan.

Apa yang berlaku minggu lalu, katanya, di mana ramai wakil rakyat melompat meninggalk­an parti kerajaan setelah ‘dibeli’ dan dijanjikan pelbagai jawatan menarik, jelas telah membelakan­gkan kehendak rakyat.

“Mereka meraih habuan lumayan setelah menjual diri, tapi rakyat yang mereka wakili dapat apa?” soalnya, sambil mendapat tepukan gemuruh daripada ahli-ahli parti yang hadir.

Beliau mendakwa percubaan mengguling­kan kerajaan yang diketuai bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman minggu lalu merupakan agenda dirancang rapi Kerajaan Pusat.

Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin dan Setiusaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Nardim merupakan perancang utama dalam konspirasi politik hingga berlakunya wakil rakyat kerajaan melompat menyokong Musa yang kemudianny­a mendorong Ketua

Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal membubarka­n Dewan Undangan Negeri pada 29 Julai lalu.

Mengenai pemilihan bakal calon WARISAN pada PRN kali ini, Dr. Yusof berkata, ia akan diperhalus­i sebaik mungkin bagi memastikan bakal calon baharu mempunyai integriti yang tinggi serta memiliki taat serta kepada parti.

Wakil-wakil rakyat yang tamak untuk dapat habuan wang ringgit demi kelangsung­an poket sendiri tidak akan mendapat kepercayaa­n daripada mana-mana parti politik, malah tindakan jijik mereka akan sentiasa terpahat di hati rakyat Sabah.

 ??  ??
 ??  ?? BERJUANG: Dr. Yusof (tengah) dan Rozman (empat kiri) bersama Ahli-ahli Jawatankua­sa dan Ketua-ketua Cawangan WARISAN Labuan.
BERJUANG: Dr. Yusof (tengah) dan Rozman (empat kiri) bersama Ahli-ahli Jawatankua­sa dan Ketua-ketua Cawangan WARISAN Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia