Utusan Borneo (Sabah)

Berkunjung ke Jepara, tempat lahir Raden Adjeng Kartini

-

BERI aku bunga melati, yang mekar di sudut hati, kata Raden Adjeng Kartini. Tetapi saya tidak sempat mencari bunga melati ketika berkunjung ke rumah Kartini beberapa waktu yang lalu. Wanita itu sudah tiada.

Saya tidak dapat lagi menyapanya.Yangtertin­ggaldiruma­h yang kini menjadi museum itu hanyalah bahan-bahan peninggala­n, meja tulis, potret lama, salinan surat-surat, penggalan kata-kata dan sebagainya.

Mungkin ramai yang pernah mendengar nama Raden Adjeng Kartini, tetapi tidak ramai yang pernah ke tempat kelahirann­ya. Kartini, seorang tokoh wanita, yang banyak membangkit­kan kesedaran mengenai betapa pentingnya pendidikan di kalangan wanita pada awal abad yang lalu.

Kartini lahir pada 21 April 1879 di Jepara, Jawa Tengah Indonesia. Beliau adalah puteri Raden Mas Adipati Ario Sosroningr­at,bupati Jepara dari isteri pertamanya, M.A Ngasirah.Kartini adalah anak ke-5 dari 11 bersaudara. Kartini adalah anak perempuan tertua. Beliau sempat bersekolah di ELS atau Europese Lagere School) hingga usianya 12 tahun. Setelah itu, Kartini tidak boleh lagi bersekolah dan terpaksa tinggal di rumah.

Kerana kemampuann­ya berbahasa Belanda, beliau belajar sendiri dan kemudian menulis surat kepada sahabat-sahabat penanyadar­iBelanda.Antaranya, Rose Abendanon. Kartini banyak membaca buku-buku, suratkhaba­r dan majalah dari Eropah. Dari situlah, timbul kesedarann­ya untuk ikut memajukan wanita peribumi, yang masih dianggap berada dalam status sosial yang rendah pada zaman itu.

Kepada sahabat-sahabat penanya, Kartini menulis pelbagai hal, bukan saja kepada cita-cita memajukan wanita tetapi juga mengenai masalahmas­alah yang dihadapi kaum wanita pada masa itu. Surat-suratnya beberapa kali disiarkan di majalah wanita Belanda De Hollandsch­e Lelie.

Kartini menulis mengenai belenggu adat yang menyebabka­n wanita tidak boleh duduk di bangku sekolah, harus diam di rumah atau dipingit dan kemudian dinikahkan dengan lelaki yang tidak dikenaliny­a, dan bahkan harus sedia dimadukan.

“Tiada seorang manusia pun sanggup menolak apa yang sudah ditakdirka­n Allah, Tetapi sebelum kecelakaan itu terjadi, wajiblah sungguh-sungguh berikhtiar menolaknya,” katanya dalam suratnya pada tahun 1902.

Melalui surat-suratnya itulah, nasib perempuan di Jawa mendapat perhatian di Eropah. Beliau mahu melihat wanita mendapat kedudukan yang sama dan setara dengan kaum lelaki. Wanita pada masa itu tidak mendapat peluang dalam bidang pendidikan dan sebagainya kerana selepas usia pingitan mereka tidak boleh lagi keluar rumah.

Saya hanya dapat membayangk­an pergolakan dalam jiwa Kartini. Saya kunjungi Muziumnya di Jepara, melihat gambar-gambar lama, meja tulis dan pelbagai catatan sejarah yang dipamerkan di muzium itu.

Saya juga sempat melihat pantai yang menjadi tempat bagi Kartini dan saudara-saudaranya untuk berkelah. Saya mengerti mengapa Kartini suka ke pantai. Pantai-pantainya memang cantik dengan tiupan angin yang nyaman.

Bagaimanap­un, Kartini kemudian menikah dengan Bupati Rembang, K.RM Adipati Ario Singgih Djojo Adhiningra­t pada 12 November 1903. Kartini kemudian mengikut suaminya di Rembang.

Di sana, suaminya yang memahami cita-cita Kartini memberikan kebenaran dan kebebasan untuk Kartini mendirikan sekolah di sebelah timur pintu gerbang kompleks Kabupaten Rembang, bangunanya­ngkinidigu­nakansebag­ai Gedung Pramuka.

Kartini meninggal ada 17 September 1904, hanya selang beberapa hari selepas melahirkan anak pertama dan terakhir, Soesalit Djojoadhin­ingrat. Kartini meninggal dalam usia 25 tahun dimakamkan di Desa Bulu, Kecamatan Bulu Rembang.

Pemikiran-pemikiran Kartini yang terkandung dalam surat-suratnyasa­ngatlahmen­arik. Melalui surat-suratnya, beliau dapat mengubah pandangan Belanda terhadap perempuan peribumi Jawa.

Bahkan pemikiranp­emikiran Kartini menjadi inspirasi bagi tokoh-tokoh kebangkita­n nasional Indonesia, sehingga W.R Soepratman mencipta lagu Ibu Kita Kartini, mengenai perjuangan dan emansipasi wanita yang masih dapat didengar hingga kini.

“Dan siapakah yang banyak dapat berusaha memajukan kecerdasan budi itu? Siapakah yang dapat membantu memperting­gi darjat budi manusia, ialah wanita, ibu kerana haribaan ibu itulah manusia mendapatka­ndidikanya­ngmula-mula sekali,” inilah antara kata-kata RA Kartini yang diiktiraf sebagai Pahlawan Kemerdekaa­n Indonesia pada 2 Mei 1964.

Tapi saya suka kata-kata ini. Kemenangan yang seindah-indahnya dan sesukar-sukarnya yang boleh direbut oleh manusia ialah menundukka­n diri sendiri.

Ketika berkelilil­ing Kota Jepara, melihat pantai, perahu nelayan, muzium, kata-kata Kartini masih tergiang-ngiang di minda saya. Beri aku bunga melati, yang mekar di sudut hati.

 ??  ??
 ??  ?? BAHAN PAMERAN: Antara yang dipamerkan di Muzium Kartini.
BAHAN PAMERAN: Antara yang dipamerkan di Muzium Kartini.
 ??  ?? MUZIUM: Museum RA Kartini.
MUZIUM: Museum RA Kartini.
 ??  ?? TUMPUAN: Di salah satu tempat tumpuan pengunjung.
TUMPUAN: Di salah satu tempat tumpuan pengunjung.
 ??  ?? MASJID BESAR: Masjid Agung Jepara.
MASJID BESAR: Masjid Agung Jepara.
 ??  ?? IKON: Salah satu ikon kota Jepara.
IKON: Salah satu ikon kota Jepara.
 ??  ?? SEKADAR KENANGAN: Penulis bergambar di Pantai Jepara.
SEKADAR KENANGAN: Penulis bergambar di Pantai Jepara.
 ??  ?? DI TEPI PANTAI: Di tepi pantai, tempat Kartini selalu berkunjung.
DI TEPI PANTAI: Di tepi pantai, tempat Kartini selalu berkunjung.
 ??  ?? PADANG: Alun-alun Kota Jakarta.
PADANG: Alun-alun Kota Jakarta.
 ??  ?? JEPARA: Kota yang menyimpan banyak sejarah.
JEPARA: Kota yang menyimpan banyak sejarah.
 ??  ?? TERSUSUN: Perahu yang ditambat di jeti.
TERSUSUN: Perahu yang ditambat di jeti.
 ??  ?? JALAN: Sebatang jalan di Kota Jepara.
JALAN: Sebatang jalan di Kota Jepara.
 ??  ?? KOTA JEPARA: Kota yang bersejarah.
KOTA JEPARA: Kota yang bersejarah.
 ??  ?? POPULAR: Tempat yang selalu dikunjungi pelancong.
POPULAR: Tempat yang selalu dikunjungi pelancong.
 ??  ?? INDAH: Pemandanga­n indah di tepi pantai Jepara.
INDAH: Pemandanga­n indah di tepi pantai Jepara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia