Utusan Borneo (Sabah)

DUA GURU MAUT, DUA PARAH

Kemalangan dipercayai akibat hilang kawalan sebelum terbabas, terbalik dan jatuh gaung

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Dua guru maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit dalam kemalangan, sebelum jatuh gaung berhampira­n jambatan Merotai Besar, di sini semalam.

Semasa kejadian kirakira jam 6 pagi itu, semua mangsa guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Umas dalam perjalanan dari arah Jalan Merotai menuju ke sekolah.

Dua mangsa yang meninggal dunia Dayana Damsah, 27, guru Pra Sekolah SK Umas meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Nurizyani Kafli@Masri, 24, Guru Akademik SK Umas meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Besar Tawau.

Dua lagi mangsa, Hasnaini Paiori (Guru Pra Sekolah SK Umas) dan Nur Zairah Aladin (Guru Akademik di sekolah sama) dilaporkan mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di hospital sama.

Sementara itu, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Penolong Kanan Penguasa Bomba Zulbada Alior berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.02 pagi sebelum tujuh anggota bersama dua buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, kemalangan terbabit dipercayai berpunca daripada pemandu hilang kawalan sebelum terbabas sendiri ke bahu jalan dan terbalik.

“Dalam kenderaan terbabit terdapat empat mangsa terhumban keluar dari kenderaan dan kesemua mangsa mengalami cedera parah.

“Dua mangsa pertama berjaya dikeluarka­n orang awam sementara dua lagi oleh pasukan Unit Bantuan

Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) dan dihantar ke Hospital Tawau sebelum operasi ditamatkan pada jam 7.20 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

 ??  ?? DAYANA
DAYANA
 ??  ?? NURIZYANI
NURIZYANI
 ??  ?? MAUT: Mangsa Dayana berjaya dikeluarka­n sebelum dibawa ke Hospital Besar Tawau.
MAUT: Mangsa Dayana berjaya dikeluarka­n sebelum dibawa ke Hospital Besar Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia