Utusan Borneo (Sabah)

Hanafiah bidas kenyataan Naib Presiden PBS

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Timbalan Ketua Bahagian Warisan Batu Sapi Mohd Hanafiah Sahih Haji Montoi berkata tohmahan Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) yang kononnya Parti Warisan Sabah (WARISAN) mengamalka­n korupsi umpama meludah ke langit.

Beliau yang membidas tohmahan itu menegaskan kenyataan terbaharu Johnny Mositun itu sudah cukup menggambar­kan bahawa parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu sudah mabuk dilambung kuasa.

“Apa yang dikatakan oleh beliau langsung tidak berasas memandangk­an Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal didirikan atas prinsip ‘Sabah Unity’ yang menjadi paksi utama pentadbira­n Negeri Sabah yang terdiri daripada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri yang mewakili parti-parti politik yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 serta ADUN lantikan,” katanya.

Hanafiah memberitah­u apa yang sudah berlaku dengan kes yang melibatkan Jabatan Air Sabah membabitka­n bekas presidenny­a Joseph Pairin Kitingan, yang juga merupakan menteri bertanggun­gjawab kepada jabatan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata penggabung­an PBS dengan parti-parti yang bernaung di bawah Kerajaan PN membuktika­n bahawa PBS telah membelakan­gkan mandat rakyat yang telah memberi kepercayaa­n kepada parti itu dalam PRU14 lepas.

“Pendirian PBS untuk ‘bersahabat’ dengan PAS serta parti-parti lain yang membentuk PN merupakan bukti jelas bahawa PBS merupakan sebuah parti politik Sabah yang sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa dan kelangsung­an politik tanpa mempedulik­an prinsip dan jati diri,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata suatu ketika dahulu, sekitar tahun 1984, rakyat menyaksika­n suatu pengkhiana­tan besar dalam sejarah politik Sabah apabila Joseph Pairin Kitingan mengepalai suatu pengkhiana­tan politik apabila bertindak meninggalk­an BERJAYA dan menyertai PBS demi menjulang kuasa dan pangkat.

Beliau menasihati Naib Presiden PBS itu usah menangguk di air yang keruh.

“Apa jua tindakan serta pandangan suara PBS dalam menzahirka­n kritikan negatif terhadap WARISAN Sabah tidak akan menjadikan PBS sebuah parti politik Sabah yang suci daripada dosa dan sejarah hitam,” katanya.

 ??  ?? MOHD HANAFIAH
MOHD HANAFIAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia