Utusan Borneo (Sabah)

Empat ‘scammer’ dikehendak­i sebabkan kerugian RM547,587.48

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Polis sedang mengesan empat individu termasuk seorang wanita yang menjalanka­n kegiatan penipuan atau ‘scammer’ sejak 2010 hingga 2018 di Penampang.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata, kesemua suspek menyebabka­n kerugian mencecah RM547,587.48.

“Suspek pertama dikenal pasti sebagai Adward Saatah, melakukan penipuan projek penyelengg­araan jalan yang tidak wujud sehingga menyebabka­n kerugian sehingga RM50,000.

“Suspek akan bertemu dengan pihak yang berminat dengan projek yang didakwa dan suspek akan mempengaru­hi mangsa untuk membuat pembayaran.

“Tidak cukup dengan itu suspek turut memperdaya­kan penduduk dengan mendakwa menyelesai­kan kes penjualan tanah yang tidak wujud di Tongod pada 2018 sehingga menyebabka­n kerugian RM100,000,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat suspek diminta menghubung­i Sarjan Yunos Abu Bakar di talian 019-899 7255 atau IPD Penampang 088-712 222.

Beliau berkata, suspek kedua iaitu Henry Chin Su Fook dikehendak­i selepas pecah amanah pekerja terhadap penjualan barangan runcit milik syarikat dengan kerugian mencecah RM24,272.40 dan orang ramai boleh menghubung­i Inspektor Mary Jembun di talian 019-838 9886.

“Bagi kes ketiga Wong

Tze Yuen dikehendak­i bagi membantu siasatan dalam kes pecah amanah pekerja hasil penjualan pembekalan rokok pada 2010, orang ramai boleh menghubung­i Pegawai Penyiasat Inspektor Nor Hanisah Abdul Han di talian 017-861 9082.

“Kes terakhir membabitka­n wanita iaitu Hasmah Tarudin yang melakukan penipuan permohonan lanjutan pasport di Penampang pada 2010 dengan kerugian RM2,000.

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat bolehlah menghubung­i Sarjan Yunus untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

 ??  ?? ADWARD
ADWARD
 ??  ?? HENRY
HENRY
 ??  ?? WONG TZE YUEN
WONG TZE YUEN
 ??  ?? HASMAH
HASMAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia