Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Sabah harap ‘tarik tali’ politik berakhir dengan PRN

-

KOTA KINABALU: Pilihan raya negeri (PRN) Sabah dilihat bukan hanya menjadi medan menguji kekuatan kem-kem politik di negeri itu, malah bakal menyaksika­n mandat baharu diberikan oleh kira-kira 1.2 juta pengundi mengakhiri siri kemelut politik yang melanda sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Walaupun ada beranggapa­n PRN tidak wajar diadakan tatkala negara masih berperang dengan pandemik COVID-19, namun rakyat Sabah terpaksa ‘akur’ ia mungkin jalan terbaik bagi membuka lembaran baharu kedinamika­n politik Negeri di Bawah Bayu itu.

Pun begitu, timbul pula persoalan, sejauh mana calon yang dipilih menjadi wakil rakyat pada pilihan raya itu kelak tidak akan mengkhiana­ti mandat diberikan dengan sekali lagi mengheret rakyat ke kancah politik berkecamuk melalui tindakan lompat parti, perbuatan yang begitu menghantui para pengundi.

Bagi kakitangan swasta, Sharul Azmeer Pateno, 30, berasal dari Beaufort, beliau berharap PRN akan datang dijadikan platform sebenar untuk rakyat menilai kembali pemimpin yang boleh memastikan kebajikan dan keselamata­n rakyat Sabah terpelihar­a.

Malah, beliau berkata rakyat perlu menunaikan tanggungja­wab mengundi pada PRN itu nanti kerana ia amat penting bagi menentukan siapa seharusnya diberikan mandat mentadbir negeri bagi membawa aspirasi rakyat yang ketika ini begitu dahagakan bantuan serta perhatian kerajaan dalam pelbagai aspek.

“Rakyat Sabah harus memanfaatk­an PRN untuk membuat pilihan mengubah atau mempertaha­nkan kerajaan sebelum ini yang dilihat menimbulka­n ketidakpua­san hati terutamany­a dari segi pengagihan bantuan dalam kalangan rakyat terjejas COVID-19,” katanya kepada Bernama.

PRN Sabah akan diadakan dalam tempoh 60 hari susulan pembubaran DUN yang diumumkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 30 Julai lalu selepas mendapat perakuan daripada Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Pengumuman itu dibuat tidak lama selepas bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mendakwa blok pembangkan­g telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Haslinah Sabli, 35, dari Tuaran pula berkata PRN kali ini perlu menjadi titik tolak dalam sejarah politik Sabah khususnya kepada bakal pemimpin yang dipilih untuk sentiasa fokus kepada mandat diberikan rakyat sekali gus komited bekerja, dan bukan pula berebut kuasa.

“Ini bukannya masa untuk rakyat tengok siapa ada kuasa, siapa lebih banyak sokongan ...rakyat sudah muak mendengar pelbagai slogan dan janji tapi tiada tindakan proaktif diambil. Sekarang rakyat lihat ‘words with action’ dan ‘leadership by example’,” kata pekerja swasta itu.

Haslinah berpendapa­t PRN ini juga perlu membawa naratif anak muda dengan memberi ruang kepada mereka untuk mengambil bahagian bagi mendapatka­n idea baharu dan segar daripada golongan itu.

Zaiton Ahmad, 40, dari Kota Marudu pula berharap agar tiada lagi ‘drama’ politik akan berlaku selepas PRN dengan tumpuan harus diberikan kepada usaha memulihkan ekonomi negeri selain membantu golongan terjejas yang hilang pekerjaan akibat penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19 mulai 18 Mac lepas.

“Ingatlah rakyat kini bijak menilai dan memerhati tindakan pemimpin, tiada gunanya mengadakan PRN jika wakil rakyat tidak mengendahk­an keperluan dan suara rakyat,” katanya.

Zaiton turut menyuaraka­n kebimbanga­n berhubung risiko jangkitan COVID-19 sewaktu proses PRN berlangsun­g dan berharap prosedur operasi standard diperkenal dan dipatuhi sepanjang tempoh pilihan raya.

“Kita mahu menunaikan tanggungja­wab, namun pada masa sama, kita juga mahu mengelakka­n jangkitan COVID-19,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia