Utusan Borneo (Sabah)

Bekerja sebagai ‘Team UMS’, kata Masidi

-

KOTA KINABALU: Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Datuk Seri Panglima Masidi Manjun menggesa para kakitangan UMS untuk bekerja sebagai satu pasukan bagi mencapai matlamat dan misi universiti untuk bergerak ke hadapan.

Katanya, setiap matlamat yang digariskan akan lebih mudah dizahirkan sekiranya setiap kakitangan dapat menetapkan pemikiran bahawa tugas dan tanggungja­wab yang digalas di universiti ini adalah sebagai satu ibadah yang dikerjakan untuk mendapat pahala dan kebaikan.

“Di UMS seharusnya tidak ada pasukan lain dalam pentadbira­n, semua harus bekerja sebagai ‘Team UMS’, kerana pada akhirnya universiti ini adalah berkenaan kita semua.

“Kita harus melihat universiti ini melepasi kepentinga­n diri sendiri bagi memacu universiti terus ke hadapan.

“Kita juga mampu melakukan tugas dengan baik untuk universiti sekiranya kita menganggap apa yang dikerjakan sebagai satu ibadah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu Majlis Bersama Pengerusi LPU yang dihadiri oleh pegawai-pegawai utama serta ketua-ketua jabatan UMS di Bangunan Canselori, semalam.

Masidi menambah, menjadikan setiap tugasan seharian sebagai satu hobi juga membantu diri setiap pekerja untuk lebih mencintai pekerjaan serta berusaha untuk perkembang­an diri dalam kerjaya.

“Apabila sesuatu yang dikerjakan itu menjadi hobi, kita lebih cenderung untuk terus melakukan kajian dan penggalian ilmu terhadap sesuatu yang kita minati, dan ini sekali gus membantu dalam perkembang­an potensi diri,” katanya.

Beliau turut menyeru kakitangan sama ada kakitangan akademik mahupun pentadbira­n agar membudayak­an prinsip dahagakan ilmu.

“Adalah lebih baik sekiranya seseorang pensyarah untuk mempunyai pengetahua­n terhadap pelbagai disiplin ilmu berbanding kepakaran yang sedia ada,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi turut bersetuju dengan pendekatan UMS untuk memfokuska­n beberapa nic penyelidik­an seperti yang dinyatakan oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, khususnya kajian berkaitan pertanian pintar.

“Negeri Sabah mempunyai tanah yang luas untuk bidang pertanian, dan ini adalah satu usaha yang baik bukan sahaja untuk universiti meneroka peluang terhadap bidang pertanian, tetapi turut menjadi peneraju bagi membuka minda petani serta menggalakk­an petani muda dalam aspek pertanian moden.

“Amat penting untuk universiti mengkaji pelbagai alternatif tanaman makanan, kerana sebagai contoh kirakira 70% beras di Malaysia diimport dari luar negara, dan bekalan makanan akan terjejas sekiranya aktiviti perdaganga­n atau hubungan dua hala dengan negara luar terjejas,” katanya.

Pada majlis itu, Masidi turut berkesempa­tan menyempurn­akan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat UMS, serta bersama-sama Datuk Dr. Taufiq Yap, pegawai-pegawai utama UMS dan kakitangan UMS melafazkan ikrar Rukun Negara.

 ??  ?? IKRAR: Masidi bersama Dr. Taufiq Yap, pegawai-pegawai utama UMS dan kakitangan UMS melafazkan ikrar Rukun Negara.
IKRAR: Masidi bersama Dr. Taufiq Yap, pegawai-pegawai utama UMS dan kakitangan UMS melafazkan ikrar Rukun Negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia