Utusan Borneo (Sabah)

Netizen selar pemimpin politik ‘katak’, kongsi pelbagai cerita dan gambar

- MENARIK: Facebook milik Kami Sayang Keningau 2.0.

SENARIO perkembang­an politik yang berlaku di Sabah ketika ini sudah menjadi lumrah sejak beberapa dekad lalu, di mana rakyat menyaksika­n proses pilihan raya negeri berlaku dari semasa ke semasa, bagi memilih kerajaan yang memerintah.

Generasi terdahulu hanya mungkin berbicara mengenai pemimpin-pemimpin dan ahli politik yang sering ‘lompat’ parti di kedai kopi sambil membaca akhbar dan menghirup secawan kopi panas.

Namun situasi sekarang sudah berubah kerana kita hidup dalam dunia digital dan ditambah dengan kreativiti netizen alam maya, isu para pemimpin parti menjadi ‘katak’ dijadikan bahan gurauan sinis atau sindiran.

Dalam laman sosial Facebook misalnya pentadbir Kami Sayang Keningau 2.0 menaip “Nakal betul siapa yang buat website ini” merujuk kepada laman sesawang KATAKSABAH. COM (http://www.kataksabah.com).

Rata-rata netizen memberikan komen berbaur unsurunsur sinis dan menjadikan sebagai bahan jenaka seperti “Kalau ada logo katak buangkut lagi ngam”, “Sepatutnya ada parti baru sekarang, parti katak Sabah,” dan “Bagus juga supaya tahu semua katak sini apa macam.”

Sementara itu KATAKSABAH.COM adalah laman sesawang yang kini viral dan dilayari kira-kira 52,700 orang serta dijadikan pautan kepada beberapa laman sesawang yang lain.

Laman sesawang terbabit meluahkan perasaan kecewa rakyat Sabah terhadap sikap kepimpinan beberapa ahli politik dan membuat satu senarai nama-nama pemimpin ahli politik ditanda sebagai ‘katak’.

Penyandang Ahli Dewan

Undangan Negeri (ADUN) Luyang Phoong Jin Zhe juga tidak ketinggala­n mengongsik­an laman sesawang berkenaan dalam laman Facebook miliknya.

Perkongsia­n berkenaan mendapat perhatian daripada seorang netizen dan memberikan komen, pautan berkenaan sangat sesuai dijadikan bahan rujukan sebelum memangkah undi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN).

Terdapat juga netizen alam maya yang menjadikan suasana politik Sabah sekarang ini sebagai bahan jenaka dengan memuat naik gambar patung seekor katak dengan tulisan ‘Tugu peringatan Sabah’.

Negeri Di Bawah Bayu ini sudah sering melihat warnawarni politik, keadaan yang tidak menentu dan adegan pemimpin-pemimpin politik yang sering bertukar parti.

Sabah kini berhadapan pilihan raya negeri susulan keputusan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membubarka­n DUN Sabah minggu lalu, susulan cubaan sekumpulan pemimpin pembangkan­g untuk mengambil alih pemerintah­an kerajaan.

Kumpulan pembangkan­g yang diketuai bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman itu dikatakan berjaya mengumpul sejumlah ADUN mencapai `majoriti mudah’ bagi membentuk kerajaan.

Sejurus pengumuman oleh kumpulan itu, Shafie mengadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin untuk mendapatka­n perkenan bagi membubarka­n DUN Sabah.

Dengan pembubaran DUN ini, bermakna kerajaan negeri diterajui WARISAN bersama beberapa parti gabungan hanya mentadbir negeri dalam tempoh kira-kira 27 bulan selepas PRU-14 pada 2018.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) dilapor akan bermesyuar­at dalam tempoh dua minggu lagi bagi menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian.

DUN Sabah kini mempunyai 73 kerusi menerusi persempada­nan baharu kawasan, berbanding hanya 60 kerusi yang dipertandi­ngkan dalam PRU-14.

 ??  ??
 ??  ?? SENARAI: Laman sesawang atau blog berkenaan menyenarai­kan nama-nama ahli politik yang melompat parti.
SENARAI: Laman sesawang atau blog berkenaan menyenarai­kan nama-nama ahli politik yang melompat parti.
 ??  ?? LANTANG: Laman sesawang KATAKSABAH.COM.
LANTANG: Laman sesawang KATAKSABAH.COM.
 ??  ?? KONGSI: Phoong turut mengongsik­an blog berkenaan.
KONGSI: Phoong turut mengongsik­an blog berkenaan.
 ??  ?? PATUNG KATAK: Seorang netizen memuat naik gambar patung seekor katak.
PATUNG KATAK: Seorang netizen memuat naik gambar patung seekor katak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia