Utusan Borneo (Sabah)

PKR kecam dakwaan Kenny Chua

- Oleh Safrah Mat Salleh

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengecam penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam Kenny Chua atas dakwaannya bahawa dia telah keluar dari kerajaan kerana kesetiaan terhadap parti dan Presiden parti Datuk Seri

Anwar Ibrahim.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dalam laman Twitternya berkata, “Saya minta maaf, tetapi ‘kesetiaan’ tidak membuatkan pengkhiana­tan diterima ataupun mewajarkan untuk bersekongk­ol dengan Musa Aman dalam cubaan untuk mengambil alih Kerajaan

Negeri Sabah).”

Fahmi berkata dalam Twitternya, “Tuntut apa sahaja yang anda suka.”

Dalam catatan di Twitter, Fahmi juga mengepilka­n berita atas talian yang diterbitka­n sebuah akhbar nasional berkenaan dakwaan Chua.

Terdahulu, Kenny yang telah dipecat PKR berkuat kuasa serta merta berikutan tindakanny­a menyertai kumpulan Musa, mendakwa bahawa dia tidak setuju dengan keputusan Kerajaan Sabah menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan kekal dengan pendiriann­ya menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia