Utusan Borneo (Sabah)

Kenderaan rempuh forklift terbalik ke pembahagi jalan Patau-Patau

- Oleh Henry Bating

LABUAN: Sebuah kenderaan jenis sedan terbalik ke arah pembahagi jalan apabila merempuh forklift yang dipercayai keluar secara melulu dari lorong kiri ke kanan dalam kemalangan di Jalan Patau-Patau berhampira­n Syarikat Am Steel di sini.

Ketua Polis Daerah WP Labuan Supt. Muhamad Farid Ahmad berkata, pemandu kenderaan sedan, 33, yang sedang melalui lorong kanan dalam perjalanan ke tempat kerja tidak dapat mengelak kerana kedudukan terlalu hampir.

“Pemandu forklift, 50, mengalami kederaan ringan di siku kanan manakala pemandu kenderaan sedan Vios tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya merujuk kemalangan yang berlaku pada 4 Ogos kira-kira 7.45 pagi.

Farid berkata, kedua-dua pemandu menerima rawatan dan pemeriksaa­n di Hospital Labuan sebagai pesakit luar.

Beliau menasihatk­an para pengguna jalan raya agar sentiasa mengamalka­n etika pemanduan berhemah ketika bergerak di jalan raya.

Farid memaklumka­n kes berkenaan disiasat di bawah Peraturan 10 LN 16/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

 ??  ?? TERBALIK: Keadaan kenderaan sedan selepas merempuh forklift.
TERBALIK: Keadaan kenderaan sedan selepas merempuh forklift.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia