Utusan Borneo (Sabah)

Pemantauan tekanan darah di rumah secara berkala

-

KUALA LUMPUR: Hipertensi membabitka­n kirakira satu dalam setiap tiga orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas; 35.3% menghidap hipertensi atau tekanan darah tinggi (140/90 atau lebih tinggi).

Bagaimanap­un, bagi setiap dua pesakit yang didiagnosi­s, ada tiga lagi pesakit yang kekal tidak didiagnosi­s dan tidak dirawat kerana penyakit ini berkembang tanpa sebarang simptom, menyebabka­n mereka berisiko untuk mendapat serangan jantung dan strok.

Walaupun dalam tinjauan OMRON Healthcare yang dijalankan baru-baru ini mendapati bahawa 85% daripada 504 responden telah memeriksa tekanan darah mereka tahun lalu, 42% berpendapa­t tekanan darah mereka tidaklah serius atau memerlukan pemantauan secara berkala.

Satu pertiga atau 34% berasakan bahawa pemeriksaa­n tekanan darah setiap kali mereka berjumpa doktor sudah memadai, bagaimanap­un dengan hipertensi yang menjadi semakin lazim dalam kalangan orang muda, maka ia menjadi semakin kritikal bagi rakyat Malaysia untuk memahami kepentinga­n pemantauan tekanan darah yang berkala supaya mereka boleh menerapkan perubahan gaya hidup dan mendapatka­n rawatan pada peringkat awal, kerana langkah-langkah ini lebih berkesan.

Perkara ini menjadi sangat penting sekarang kerana pesakit hipertensi didapati mengalami kesan yang lebih buruk akibat COVID-19 berbanding individu yang sihat.

“Tekanan darah tinggi, atau hipertensi, adalah pembunuh senyap dan penyebab utama serangan jantung serta strok. Peluang anda untuk mendapat penyakit ini meningkat dengan usia dan masalah kesihatan kronik yang sedia ada. Ini bermakna, jika anda menghidap diabetes, obesiti atau kolesterol tinggi, anda lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini.

“Jika anda ada sejarah hipertensi dalam keluarga, anda berdepan dengan peluang 50% lebih tinggi untuk menghidap penyakit ini - yang membuatkan anda lebih berisiko mendapat strok, serangan jantung atau masalah buah pinggang, terutama jika tekanan darah anda tidak dikawal dengan baik,” Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia MSH Dr Mohd Arifin Mohd Ali.

Katanya, disebabkan kadar pesakit hipertensi kian meningkat dalam kalangan orang dewasa yang lebih muda, maka setiap orang dewasa perlu memantau tekanan darah mereka secara berkala, dari umur 18 tahun ke atas.

Oleh kerana hampir 70% orang dewasa Malaysia berisiko mengalami peningkata­n tekanan darah 3 dan hanya 37.4% daripada pesakit yang dirawat mencapai tahap tekanan darah yang terkawal , kesedaran lebih besar menjadi kunci untuk mengurangk­an kadar kelaziman hipertensi dalam masyarakat.

Dalam usaha untuk membantu mengenalpa­sti mereka yang berisiko tinggi, OMRON bekerjasam­a dengan MSH menghasilk­an senarai semak-diri yang mudah untuk menggalakk­an responden memeriksa tekanan darah mereka, dan berjumpa doktor bagi mendapatka­n nasihat mengenai cara mencegah atau merawat hipertensi yang tidak didiagnosi­s.

“Di OMRON, kami berkongsi objektif yang sama dengan Persatuan Hipertensi Malaysia, iaitu untuk mengurangk­an beban hipertensi. Di OMRON, kami mempunyai visi yang dipanggil GEN 0 (Gen Sifar) - ini merujuk kepada generasi yang tidak ditentukan oleh usia, satu generasi yang bebas daripada serangan jantung dan/atau strok.

“Sebagai peneraju dalam alat pemantauan di rumah, ini adalah harapan kami untuk masa hadapan dan kami sangat berterima kasih kepada semua pakar kesihatan yang membuka laluan menuju ke sasaran ini,” kata Pengarah Pemasaran Serantau, OMRON Healthcare Asia Pasifik Alexis En.

Untuk maklumat selanjutny­a, sila kunjungi bit.ly/Hypertensi­onSelfChec­k untuk mengambil senarai semakdiri dan laman web Persatuan Hipertensi Malaysia (www. msh.my) untuk penerangan lanjut tentang penyakit tekanan darah tinggi.

 ??  ?? DR MOHD ARIFIN
DR MOHD ARIFIN
 ??  ?? ALEXIS
ALEXIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia