Utusan Borneo (Sabah)

WARISAN kembalikan mandat kepada rakyat

Pilih kerajaan yang layak memerintah selepas PRN

-

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (WARISAN) mengembali­kan mandat kepada rakyat Sabah untuk menentukan semula kerajaan yang layak memerintah pada Pilihan Raya Negeri (PKN) akan datang.

Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru Datuk Junz Wong berkata demikian ketika memberikan penjelasan kepada para penduduk di sini, mengenai sebab PRN diadakan.

“Kalau boleh kami pun tidak mahu PRN sebab kami mahu terus membangunk­an Sabah anyak program pertanian dan perikanan yang sedang dilaksanak­an tapi terpaksa ditangguhk­an.

“Ini kerana banyak ‘katak-katak’ politik yang tidak sabar untuk merampas kuasa,” katanya merujuk kepada para ahli pemimpin politik yang ‘melompat keluar’ daripada parti.

Beliau menerangka­n kepada para penduduk di Tanjung Aru Lama dan Baru, WARISAN tidak mahu menyampaik­an mesej budaya politik ‘lompat katak’ atau mencari keuntungan sendiri kepada masyarakat.

Tambahnya, rakyat Sabah menolak budaya seperti ini dan tidak menerima ahli politik yang hanya mementingk­an agenda sendiri untuk mengaut kekayaan.

Bersama dengan beliau semasa lawatan berkenaan, Ketua WARISAN Bahagian Putatan Datuk Awang Ahmad Sah, Ketua Wira Putatan Mohammad Firdaus dan Wirawati Izzatul Aini.

 ??  ?? BERTEMU JENTERA: Junz (berdiri) bertemu dengan jentera pilihan raya di rumah Ketua Kampung Jimin Minin.
BERTEMU JENTERA: Junz (berdiri) bertemu dengan jentera pilihan raya di rumah Ketua Kampung Jimin Minin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia