Utusan Borneo (Sabah)

Usaha dan inisiatif artis tempatan perlu dicontohi

-

RANAU: Usaha dan inisiatif seorang artis tempatan yang cukup terkenal dengan lagu dalam album sulungnya ‘Tiwas Kotoh’, Lidya@Hilidia Kalidin 40, dari Kg. Maukab di sini, untuk mengusahak­an produk ‘Serunding Sada Simple But Korinapa’ (Serunding Ikan ringkas tapi menyelerak­an).

Ia adalah cetusan ideanya mengisi masa lapang ketika Perintah kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu dan kini, produknya telah menembusi pasaran luar negeri dan mendapat permintaan dari Singapura baru-baru ini.

Lidya ketika dihubungi, mengharapk­an usahanya itu dapat dicontohi oleh para belia yang lain bagi menampung kehidupan dalam mendepani PKP itu berikutan penularan pandemik COVID-19 yang kini menjadi wabak seluruh dunia.

Menurutnya, produknya itu dijual menerusi online atau dihantar ke gerai-gerai, penghantar­an bayar tunai dan di Hakka Food Court Ranau, (D’Star Conner) selain menerima pelanggann­ya yang datang sendiri di rumah beliau untuk membeli.

“Saya mengharapk­an para belia supaya ‘jangan malas’ sebaliknya buatlah sesuatu yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan keluarga sekali gus meringanka­n beban ibu bapa,” katanya sambil menyeru para belia juga boleh melibatkan diri dengan aktiviti bagi menghasilk­an produk pertanian.

 ??  ?? BERSAMA PELANGGAN: Seorang lagi pelanggan merakam gambar bersama Lidya.
BERSAMA PELANGGAN: Seorang lagi pelanggan merakam gambar bersama Lidya.
 ??  ?? PELANGGAN: Salah seorang pelanggan yang telah membeli ‘Serunding Sada’.
PELANGGAN: Salah seorang pelanggan yang telah membeli ‘Serunding Sada’.
 ??  ?? DAPAT SAMBUTAN: Serunding Sada’ produk Lidya mendapat permintaan ramai.
DAPAT SAMBUTAN: Serunding Sada’ produk Lidya mendapat permintaan ramai.
 ??  ?? INISIATIF PKP: Lidya (kanan) memperliha­tkan produknya.
INISIATIF PKP: Lidya (kanan) memperliha­tkan produknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia