Utusan Borneo (Sabah)

PRN: Pengundi Pitas disaran tunai tanggungja­wab bijak memilih

-

PITAS: Para pemilih (pengundi) di daerah ini disaran agar lebih bersedia bertindak bijak menunaikan tanggungja­wab masing-masing untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak lama lagi.

Penyelaras Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pusat Daearah Mengundi (PDM) Pandan Mandamai Pitas Sukry@ Saiwon Inggis, 54, berkata, sokongan dan penerimaan rakyat terhadap BERSATU Bahagian Bengkoka Pitas, sudah mantap dan bersiap siaga menunaikan tanggungja­wab mereka untuk memilih pada PRN akan datang.

Menurutnya, PDM Pandan Mandamai kini dianggarka­n lebih 1,000 pemilih termasuk senerai pengundi dalam daftar baharu.

“Meskipun BERSATU baru bertapak di Bengkoka pada 2019, namun sambutan dan penerimaan penduduk khususnya di Kg. Pandan Mandamai kini mencecah lebih 1,000 penyokong calon parti BERSATU walau sesiapapun yang bakal diketengah­kan,” katanya.

Dalam hal yang lain, beliau mewakili penduduk daerah Pitas merakam penghargaa­n dan terima kasih kepada Timbalan Menteri Kewangan Malaysia Datuk Abdul Rahim Bakri yang juga Ahli Parlimen Kudat kerana inisiatif dan usahanya mewujudkan kemudahan mesin ATM BSN dan Bank Rakyat yang sudah beroperasi sejak awal Ogos ini.

“Dengan kemudahan itu penduduk tidak perlu lagi ke Kota Marudu untuk berurusan,” katanya.

 ??  ?? SUKRY
SUKRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia