Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Hari Guru daerah Ranau Jumaat ini

-

RANAU: Sambutan Hari Guru peringkat daerah ini, akan diadakan di Dewan SJKC Pai Wen di sini, pada 7 Ogos bermula jam 8 pagi akan dirasmikan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Dr. Mistirine Radin.

Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Ranau selaku Pengerusi Pelaksana majlis Majus Munsing berkata, pelbagai anugerah akan disampaika­n termasukla­h Anugerah Tokoh Guru dan Anugerah Tokoh Kepimpinan (Acara Kemuncak), Anugerah Guru Inovatif (SR/SM), Guru Cemerlang Pendidikan Khas (SR/SM), Guru Cemerlang Pemulihan Khas (SR), Anugerah Bakti Pedalaman, Anugerah Keceriaan Sekolah (SR/SM), Anugerah Prasekolah Sumbang Bakti Sekolah (SR/SM) dan Anugerah Khas PKP (e-Pembelajar­an dan Luar Talian).

Beliau memaklumka­n, sejak April hingga Julai pelbagai acara Hari Guru turut dijalankan seperti Forum Hari Guru (Bersemuka dan Online), Ziarah Keranamu (Melawat rakan-rakan guru yang kurang sihat), Program Derma Darah yang berjaya mengumpul 201 pain Darah kepada Tabung Darah Hospital Ranau dan Program Senamrobik pada pagi 7 Ogos.

Majus mengharapk­an sambutan bertemakan ‘Berguru Demi Ilmu, Bina

Generasi Baharu’ berjalan lancar dan meminta kepada guru-guru yang menerima jemputan ke majlis itu supaya hadir lebih awal demi melancarka­n pelaksanaa­n program.

“Saya mengharapk­an kepada semua guru yang akan hadir supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) seperti pemakaian pelitup muka dan mengamalka­n penjarakan fizikal,” katanya.

 ??  ?? MAJUS
MAJUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia