Utusan Borneo (Sabah)

Ahli, pemimpin akar umbi UMNO diingatkan sokong calon yang dipilih: Asmawi

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Ahli-ahli serta pemimpin akar umbi UMNO Bahagian Libaran diingatkan agar memberi sokongan penuh kepada calon yang dipilih untuk bertanding atas tiket UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Seorang pemimpin jentera UMNO Bahagian Libaran Dato’ Haji Asmawi Asa berkata, persoalan yang lebih penting adalah memberi kerjasama dan sokongan padu kepada calon dipilih bagi memastikan kemenangan pada PRN.

“Siapa pun calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan, kita sebagai ahli dan pemimpin UMNO akar umbi perlu akur dan beri kemenangan.

“Yang penting calon telah ditapis dan telah dipilih begitu rapi oleh pucuk pimpinan. Bila sampai waktu pilihan raya, kita beri sokongan sebaik mungkin,” katanya kepada media selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Nunuyan, kelmarin.

Ditanya mengenai persiapan PDM, beliau menjelaska­n pihaknya telah menyusun jentera dan mengenal pasti pengundi di PDM Nunuyan.

“Jentera UMNO PDM Nunuyan akan bekerja keras dan menggalas tanggungja­wab tugas dengan sebaik mungkin untuk memastikan ahli-ahli UMNO dan pengundi di kawasan itu turun mengundi kerana kebanyakan mereka tinggal di kawasan bandar,” katanya.

Asmawi menegaskan sasaran pihaknya adalah memastikan calon UMNO yang bertanding memperoleh­i kemenangan dengan majoriti besar.

Beliau turut memberi penerangan kepada jentera UMNO bagi persiapan menghadapi PRN akan datang.

Dalam pada itu, Asmawi juga telah menyempurn­akan ibadah korban untuk diagihkan kepada penduduk di kampung berkenaan.

Beliau berkata, perpaduan dan kerjasama penduduk kampung untuk mengadakan gotong-royong bersamanya menjalanka­n ibadah korban adalah amat dipuji.

Asmawi turut berkesempa­tan menghadiri majlis akiqah dan menyantuni penduduk kampung serta mendengar permasalah­an yang dikemukaka­n.

Beliau turut bertemu dengan seorang ibu tunggal yang mengemukak­an permasalah­annya bagi memohon bantuan rumah bina baharu ekoran rumahnya ditiup angin pada 2017 dan kini tinggal menumpang rumah ahli keluarga.

Asmawi berkata, permasalah­an yang timbul akan diambil perhatian oleh pihaknya untuk diketengah­kan kepada pihak berwajib untuk diambil perhatian.

 ??  ?? KORBAN: Asmawi bersama penduduk kampung Nunuyan mengadakan ibadah korban.
KORBAN: Asmawi bersama penduduk kampung Nunuyan mengadakan ibadah korban.
 ??  ?? ADUAN: Asmawi (dua kanan) mendengar permasalah­an seorang ibu tunggal yang memohon bantuan rumah baharu.
ADUAN: Asmawi (dua kanan) mendengar permasalah­an seorang ibu tunggal yang memohon bantuan rumah baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia