Utusan Borneo (Sabah)

Biro Agama STAR Bingkor mengagih daging korban di Masjid Nur Hidayah

- Oleh Henry Bating

KENINGAU: Pejabat Perhubunga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor turut mengagihka­n daging korban kepada Masjid Nur Hidayah Bingkor sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Ketua Biro Agama Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Bingkor Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik Mansai berkata, daging korban yang diagihkan itu disumbangk­an oleh penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Robert Tawik.

“Seramai 50 jemaah masjid menerima agihan daging korban itu,” katanya.

Yazid menjelaska­n pihaknya amat berpuas hati dengan pelaksanaa­n ibadah korban oleh jemaah yang melibatkan proses penyembeli­han, melapah dan pengagihan.

Menurutnya, pelaksanaa­n ibadah korban itu dijalankan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan seperti yang digariskan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, semua yang terlibat telah mengikuti normal baharu dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal bagi mengelakka­n penularan COVID19.

 ??  ?? AGIH: Yazid (dua kanan) menyampaik­an daging korban kepada jemaah masjid.
AGIH: Yazid (dua kanan) menyampaik­an daging korban kepada jemaah masjid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia