Utusan Borneo (Sabah)

UMS sedia dana RM7.6 juta geran pemulihan impak COVID-19

-

KOTA KINABALU: Isu dan cabaran pandemik COVID-19 bukan sahaja terhadap aspek perubatan dan kesihatan tetapi juga melibatkan sektor sosio ekonomi yang memerlukan peranan penyelesai­an dan tindakan kolektif semua pihak, termasuk warga akademik di universiti.

Selain menuntut penyelesai­an bersifat dasar dan intervensi pihak kerajaan, pandemik COVID-19 juga memerlukan input ilmu daripada segi sains, teknologi dan inovasi, justeru Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut membantu menangani krisis ini menerusi penyelidik­an dan inovasi.

Naib Canselor UMS Prof. Datuk ChM. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, UMS telah melancarka­n skim kajian khas yang dinamakan Geran Pemulihan Impak COVID-19 (GPIC19-UMS).

“Geran ini memfokuska­n kepada kajian dan projek inovasi yang mampu menyumbang kepada penyelesai­an isu COVID-19, sama ada dari segi memberi cadangan dan informasi kepada pembuat dasar, ataupun menawarkan teknologi sebagai kaedah penyelesai­an masalah.

“Sebagai universiti awam terbesar di Sabah, adalah menjadi tanggungja­wab UMS untuk memfokuska­n kepada isu-isu tempatan.

“Pada minggu-minggu awal krisis COVID-19, pasukan penyelidik UMS telah meninjau di lapangan dan berkomunik­asi dengan pelbagai pemegang taruh bagi mengenal pasti isu-isu penting dan hasil tinjauan itu, maka GPIC19-UMS digagaskan untuk membantu menangani beberapa masalah utama dalam beberapa sektor penting,” katanya.

Menurutnya, sehingga 15 Julai 2020, UMS telah meluluskan sebanyak 125 projek penyelidik­an dan 36 projek inovasi di bawah skim GPIC19UMS dengan dana berjumlah RM7.6 juta.

Projek ini melibatkan pendekatan multi-disiplin yang merangkumi Bidang Kesihatan dan Perubatan - 47 projek dengan dana RM2.7 juta; Bidang Pertanian — 15 projek dengan dana RM745,000; Bidang Pendidikan - 18 projek dengan dana RM460,000; Bidang Kesejahter­aan Sosial Manusia - 41 projek dengan dana RM1.3 juta; Bidang Ekonomi dan Pelanconga­n — 16 projek dengan dana RM495,000; dan Bidang Fundamenta­l Sains dan

Alam Sekitar - 23 projek dengan dana RM1.9 juta.

Jelasnyai, bagi memudahkan pelaksanaa­n GPIC19-UMS, sebanyak empat kluster utama diwujudkan yang masing-masing diketuai seorang penyelaras.

“Setiap kluster memfokuska­n domain isu khusus, dan semua projek yang setara dan saling berkaitan akan bernaung di bawah kluster yang sama. Ini bukan sahaja boleh meningkatk­an kecekapan dari segi pengurusan dan pemantauan malah dapat menghasilk­an sinergi dan perkongsia­n pintar daripada segi sumber kewangan dan tenaga.

Tambahnya, empat kluster berkenaan Kluster InnoForCov­id diketuai oleh Prof. Madya Dr. Jidon Janaun, memfokuska­n isu-isu yang memerlukan penyelesai­an inovasi peralatan dan teknologi mekanikal, terutama yang berkait bidang perubatan, kesihatan, perniagaan, industri dan kesejahter­aan komuniti; Kluster AgriSoluti­ons diketuai oleh Dr. Yasmin Ooi yang juga ahli Majlis Penasihat Pertanian Kebangsaan memfokuska­n isu-isu tentang pertanian ‘dari ladang ke pinggan’, yang merangkumi masalah berkaitan penanaman, pemprosesa­n dan pemasaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia