Utusan Borneo (Sabah)

Kaji tahap kelodak Batang Rajang, Batang Igan

Tiong adakan perbincang­an dengan JPS berhubung masalah aliran air di kedua-dua sungai

- Oleh Reno Benjamin

“Ini penting agar pihak yang berkenaan dapat merangka pelan bagi kerja-kerja mengorek dasar sungai bagi mencegah banjir serta masalah aliran ” tersumbat di kedua-dua sungai ini.

SIBU: Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing telah mengadakan perbincang­an dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berhubung masalah aliran air di Batang Rajang dan Batang Igan.

Dalam pertemuan itu, Tiong juga meminta JPS mengemukak­an kos yang diperlukan bagi melakukan kajian berhubung situsi banjir di Sibu.

“Baru-baru ini saya telah mengadakan perbincang­an khas dengan JPS Sibu bagi menyelesai­kan masalah banjir di sini, di mana saya telah meminta pegawai terbabit menganggar­kan kos terlibat bagi kajian tahap kelodak di Batang Rajang dan Batang Igan.

“Ini penting agar pihak yang berkenaan dapat merangka pelan bagi kerjakerja mengorek dasar sungai bagi mencegah banjir serta masalah aliran tersumbat di kedua-dua sungai ini,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Setelah mendapat peruntukan menurut Tiong, jabatan yang berkaitan perlu menjalanka­n kerja-kerja mengenal pasti kawasan sungai yang bermasalah dengan segera.

Apa yang penting katanya, adalah memastikan keduadua sungai itu mempunyai kedalaman yang mencukupi bagi menampung limpahan air ketika musim hujan.

“Limpahan dari Empangan Bakun dan Baleh akan menyebabka­n banyak kawasan rendah di kawasan Sibu ditenggela­mi air.

“Oleh itu, kita harus memastikan sungai ini mampu menampung limpahan air hujan dan air yang dilepaskan dari kedua-dua empangan ini,” jelasnya.

Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) itu juga memberitah­u, kerja-kerja mengorek dasar sungai perlu bagi mencegah banjir berlaku pada masa akan datang.

“Pelbagai aktiviti manusia turut menyumbang kepada mendapan dan sampah-sarap, yang menyebabka­n aliran sungai tersumbat serta aliran sungai menjadi perlahan.

“Sehubungan itu, kajian dasar sungai secara meluas perlu dilakukan bagi mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada banjir termasuk kawasan sungai mana yang perlu dikorek dengan segera,” ujar Tiong.

Datuk Seri Tiong King Sing Ahli Parlimen Bintulu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia