Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan rangka kemudahan perbankan di Sarawak

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi melalui agensi Bank Rakyat di Sarawak sedang merangka kemudahan perbankan di negeri itu termasuk kawasan Sungai Asap dan Belaga.

Menterinya Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kemudahan perbankan itu meliputi perkhidmat­an bank bergerak dan pelantikan ejen bank.

“Perkhidmat­an yang disediakan bank bergerak ini meliputi pembukaan akaun transaksi untuk akaun simpanan Tabung Haji, pendaftara­n perbankan Internet, bayaran bil setempat, perkhidmat­an kiriman wang, Ar Rahnu On Wheel dan bayaran balik pembiayaan.

“Dengan adanya saluran ini penduduk setempat memperoleh akses perkhidmat­an kewangan dengan lebih mudah. Pada masa sama Bank Rakyat akan melaksanak­an pendigital­an hingga akhir 2021 nanti untuk memberi perkhidmat­an yang lebih ke hadapan, efisien dan baik lagi kepada rakyat keseluruha­nnya,” katanya pada sesi soal jawab persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Wilson Ugak Kumbong (GPS-Hulu Rajang) yang mahu tahu sekiranya kementeria­n itu bercadang menetapkan kemudahan bank seperti BSN dan Bank Rakyat di Sungai Asap dan Belaga.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar 1 Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad memberitah­u, sebanyak RM240,000 telah diperuntuk­kan untuk menaik taraf dan membaiki lapan bangunan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di kawasan Parlimen Sipitang.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Yamani Hafez Musa (Bersatu-Sipitang) berhubung langkah dan usaha diambil untuk membaik pulih bangunan KEMAS daerah Sipitang yang berkeadaan daif. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia