Utusan Borneo (Sabah)

MBM naik taraf parit tangani masalah banjir

Projek naik taraf parit konkrit di Jalan Piasau Jaya 1 E dijangka siap sepenuhnya pada 22 Oktober 2020

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Projek menaik taraf parit konkrit di Jalan Piasau Jaya 1 E berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Anchi dijangka siap sepenuhnya pada 22 Oktober 2020.

Datuk Bandar Miri Adam Yii berkata, projek bernilai RM424,670 bagi parit sepanjang 431 meter itu mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan.

“Projek ini telah bermula pada 23 Julai lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada 22 Oktober depan.

“Parit konkrit ini akan mengatasi masalah banjir kilat sekali gus menjaga keselamata­n pelajar,” katanya kepada Utusan Borneo selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak berkenaan, semalam.

Menurut Yii, projek terbabit juga akan melancarka­n

“Projek ini telah bermula pada 23 Julai lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada 22 Oktober ” depan.

sistem perparitan dan saliran yang lebih sistematik dan teratur.

Terdahulu Yii turut meninjau projek menaik taraf parit konkrit di Jalan Jee Foh 9 sepanjang 601 meter.

Projek berkenaan yang menelan belanja RM300,000 juga akan siap sepenuhnya pada 11 September dengan tempoh pembinaan selama tiga bulan, tambahnya.

Adam Yii Datuk Bandar Miri

“Pembinaan parit konkrit ini adalah agenda utama MBM bagi mengatasi masalah banjir kilat di kawasan ini terutama ketika hujan lebat di kawasan Krokop,” jelasnya.

Yii bersama kakitangan

Bahagian Kejurutera­an MBM dan kaunselor kemudian bergerak meninjau ke tapak cadangan menaik taraf parit konkrit di Jalan Lorong 1 dan 2 Pujut 4, Jalan Baong Jee Foh dan Jalan Krokop 10.

 ??  ?? NAIK TARAF: Yii (tiga kiri) meninjau perkembang­an pembinaan parit konkrit di hadapan SK Anchi pagi semalam diiringi kakitangan Bahagian Kejurutera­an MBM dan kaunselor.
NAIK TARAF: Yii (tiga kiri) meninjau perkembang­an pembinaan parit konkrit di hadapan SK Anchi pagi semalam diiringi kakitangan Bahagian Kejurutera­an MBM dan kaunselor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia