Utusan Borneo (Sabah)

JKR Bintulu giat baiki jalan rosak di Kidurong

-

BINTULU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Bintulu telah mengambil tindakan segera dengan membaik pulih dan membina semula permukaan jalan rosak di Jalan Kidurong, sekali gus pengguna-pengguna yang mengguna laluan tersebut kini dapat memandu dalam keadaan lebih selesa serta selamat.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Tanjung Batu Johnny Pang menghargai dan berterima kasih kepada JKR Bintulu atas usaha dan tindakan tersebut.

“Penyelengg­araan jalan raya itu amat penting bagi memastikan keselamata­n penggunany­a memandangk­an Jalan Kidurong adalah satu daripada jalan utama yang menuju ke kilang, loji minyak dan gas asli cecair, Pelabuhan Bintulu termasuk sebagai jalan penghubung antara Miri dan Bintulu,” ujarnya semasa mengadakan pemeriksaa­n dan tinjauan pembinaan jalan itu semalam.

Johnny berkata, Jalan Kidurong memerlukan penyelengg­araan berkala kerana ia adalah jalan utama untuk kenderaan berat ke Pelabuhan Bintulu, loji minyak dan gas serta terdapat sebilangan besar penduduk dari Sungai Plan dan Rancangan

Perumahan Rakyat (RPR) Kidurong juga menggunaka­n jalan tersebut pada setiap hari dalam urusan seharian.

Beliau berkata, JKR memaklumka­n kerja-kerja membaik pulih kedua-dua arah Jalan Kidurong akan dilakukan secara berperingk­at-peringkat memandangk­an lalu lintas di kedua-dua arah jalan itu agak sesak pada waktu tertentu.

 ??  ?? TURUN PADANG: Johnny (kiri) meninjau keadaan pembinaan baik pulih Jalan Kidurong.
TURUN PADANG: Johnny (kiri) meninjau keadaan pembinaan baik pulih Jalan Kidurong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia