Utusan Borneo (Sabah)

1,762 jumlah kenderaan telah melalui sekatan jalan raya antara zon

-

KUCHING: Sebanyak 1,762 jumlah kenderaan telah melalui sekatan jalan raya antara zon (1 dan 2) yang telah diadakan di dua lokasi iaitu di daerah Simunjan dan Sri Aman, semalam.

Menurut Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) daripada jumlah tersebut, 1,751 daripadany­a telah mendapat kebenaran.

“Sementara 11 telah diarah berpatah balik kerana tidak memiliki surat kebenaran,” katanya menerusi kenyataan.

Mengenai notis kompaun dan tangkapan, JPBNS berkata polis telah mengeluark­an sebanyak 13 notis kompaun kerana tidak mematuhi garis panduan (SOP).

Katanya notis kompaun yang telah dikeluarka­n adalah di Kota Samarahan (5), Miri (4), Padawan (2), Sarikei (1) dan Betong (1).

“Manakala satu tangkapan ke atas pekerja kedai serbaneka di Kota Samarahan

iaitu seorang warga Indonesia kerana gagal mematuhi SOP.

“Polis akan terus memperketa­tkan SOP termasuk pemakaian pelitu muka di tempat awam,” katanya.

Menurut JPBNS berkata, semalam juga sebanyak 2,071 premis telah dipantau iaitu pasar raya (383), restoran (485), kilang (19), bank (164), pejabat kerajaan (96), penjaja (39), pasar tani/awam (109), tempat ibadah (99), tempat riadah (47), tapak pembinaan (15) dan lain-lain (615).

Selain itu setakat semalam juga terdapat enam sekatan jalan raya di lima daerah sempena Ops Benteng.

Antaranya di Lundu (dua) dan masing-masing satu sekatan jalan raya di Bau, Serian, Sri Aman dan Lubok Antu.

“Daripada enam sekatan jalan raya tersebut, sebanyak 961 jumlah kenderaan telah diperiksa,” kata JPBNS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia