Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan jamin bela nasib warga Malaysia hilang kerja di Singapura

Jalan penyelesai­an dibincang dengan kementeria­n negara tersebut

-

“Mereka boleh kembali ke Malaysia dan menjalani ujian saringan COVID-19. Kerajaan akan cari jalan terbaik untuk memberi peluang mereka cari kerja.

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan membela nasib rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan di Singapura apabila syarikat di negara itu mula melakukan pembuangan pekerja berikutan terjejas akibat pandemik COVID-19, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Saravanan berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Kementeria­n Tenaga Manusia Singapura bagi membincang­kan jalan penyelesai­an terhadap kira-kira 400,000 pekerja Malaysia di negara itu.

“Kerajaan sentiasa membela nasib setiap rakyat yang bekerja di negara lain. Bukan sahaja di Singapura memandangk­an kita sedang berada dalam krisis kesihatan (COVID-19). Maka kita (kerajaan) ambil langkah positif dalam menangani isu ini.

“Mereka boleh kembali ke Malaysia dan menjalani ujian saringan COVID-19. Kerajaan akan cari jalan terbaik untuk memberi peluang mereka cari kerja,” katanya dalam sesi soal jawab persidanga­n Dewan Rakyat di sini semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan P. Prabakaran (PH-Batu) mengenai usaha kerajaan membantu rakyat Malaysia yang hilang mata pencarian di Singapura berikutan penguncupa­n ekonomi republik itu disebabkan impak pandemik COVID-19.

Mengenai usaha kerajaan mengurangk­an kadar guna pekerja asing yang mendominas­i sektor pembuatan dan pembinaan, Saravanan berkata pengambila­n golongan itu telah dibekukan dalam semua sektor bagi memberi laluan pekerjaan kepada warga Malaysia khususnya golongan muda.

Katanya, dalam tempoh enam bulan sejak Malaysia dilanda pandemik COVID19, negara berjaya mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap pekerja asing apabila statistik menunjukka­n pada Januari lepas, jumlah tenaga kerja asing di negara ini adalah 1.98 juta, namun menunjukka­n penurunan pada Mei iaitu 1.54 juta.

“Situasi itu menunjukka­n kerajaan komited dan prihatin. Kita akan beri peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini untuk isi kekosongan yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BNBaling) mengenai usaha kerajaan mengurangk­an kadar guna pekerja asing yang mendominas­i sektor pembuatan dan pembinaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) Pindaan 2019 yang kini mencakupi aspek perumahan dan penginapan para pekerja dari semua sektor pekerjaan akan menarik minat rakyat Malaysia untuk terlibat dalam sektor yang sebelum ini didominasi pekerja asing.

Selain itu, Jawatankua­sa Khas Kabinet yang dipengerus­ikan Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga memainkan peranan untuk merangka langkah strategik dalam melindungi prestasi ekonomi dan pasaran pekerjaan Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID19. — Bernama

Datuk Seri M. Saravanan Menteri Sumber Manusia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia