Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia tidak akan jadi ‘tong sampah dunia’

-

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan menjadi ‘tong sampah dunia’ dan tindakan tegas akan diambil jika ada cubaan membawa masuk kontena yang mengandung­i sisa toksik dan bahan plastik, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, sejak kementeria­n itu ditubuhkan pada Mac lepas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihaknya telah mengesan dan menghantar pulang 13 kontena yang mengandung­i sisa toksik dan 42 kontena bahan plastik ke negara asal.

“Antara negara yang kita hantar (pulang) bahan yang kita kenal pasti (bahan plastik) ialah Amerika Syarikat, (dengan) 21 kontena kita hantar (ke Amerika Syarikat) melalui Pelabuhan Kuching, 15 kontena melalui Pelabuhan Pulau Pinang, (manakala) United Kingdom dan Poland (masing-masing) satu kontena, Korea Selatan dan Vietnam (masing-masing) dua kontena, dan keseluruha­nnya 42 kontena.

“Berat keseluruha­n kontena itu 796,553 kilogram. Ini yang telah kami ambil tindakan dan kita bertegas bahawa Malaysia mesti bebas daripada elemen-elemen yang bercanggah dengan Konvensyen

Basel yang telah kita tandatanga­ni.

“Baru-baru ini juga saya turun ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) selepas mendapat maklumat terdapat 110 kontena yang transit di PTP ...kita dalam pengurusan untuk hantar balik ke negara asal iaitu Romania,” katanya pada sesi soal jawab persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) yang ingin tahu bagaimana Kementeria­n Alam Sekitar dan Air mencegah Malaysia menjadi ‘tong sampah dunia’ selaras dengan Konvensyen Basel. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia