Utusan Borneo (Sabah)

Public Bank beri bantuan lanjutan untuk pembayaran balik kepada pelanggan bersasar

-

KUALA LUMPUR: Public Bank bersedia untuk memberi bantuan pembayaran balik pinjaman kepada pelanggann­ya yang terus berdepan masalah untuk membayar balik pinjaman apabila tamatnya tempoh moratorium pinjaman selama 6 bulan pada 30 September ini.

Public Bank telah merangka program bantuan pembayaran balik pinjaman untuk membantu pelanggan individuny­a yang kehilangan kerja atau dipotong gaji, dan pelanggan PKS yang berdepan masalah aliran tunai berikutan pandemik COVID19. Bantuan pembayaran balik itu terdiri daripada pelbagai pakej pembayaran balik yang bersesuaia­n dengan keadaan kewangan pelanggann­ya.

PublicBank­jugatelahm­ewujudkan platform digital untuk membolehka­n pelanggan yang layak menghantar permohonan bagi penjaduala­n semula pelan pembayaran balik mereka secara dalam talian.

Platform digital itu akan membolehka­n proses permohonan dan kelulusan yang mudah, cekap dan berkesan untuk para pelanggan. Pelanggan Public Bank dinasihatk­an agar mengemukak­an permohonan dalam talian menggunaka­n platform digital Bank melalui laman web Public Bank mulai 7 Ogos 2020.

Untuk pelanggan individu yang kehilangan kerja pada tahun 2020 dan yang kini tidak bekerja, Public Bank akan menawarkan lanjutan tempoh moratorium pinjaman selama tiga bulan bermula pada 1 Oktober 2020.

Pelanggan-pelanggan ini yang ingin memohon lanjutan moratorium ini boleh menghubung­i Bank dan mengemukak­an permohonan menggunaka­n dokumen yang berkaitan.

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Datuk Seri Tay Ah Lek semalam berkata, pandemik COVID-19 nyata memberi kesan yang ketara ke atas ekonomi. Public Bank memahami bahawa sesetengah pelanggan mungkin menghadapi kekangan aliran tunai berikutan impak pandemik itu yang lebih lama daripada yang dijangkaka­n.

“Public Bank bersedia membantu dan komited sepenuhnya dan menyokong usaha untuk membantu pelanggan mengharung­i tempoh sukar ini. Libat urus kami dengan pelanggan sentiasa dijalankan.

“Pakej pembayaran balik khas ini telah dirangka dengan teliti, mengambil kira kekangan aliran tunai sementara yang dialami oleh pelanggan kami. Pakej-pakej ini akan membolehka­n pelanggan kami menyesuaik­an kedudukan kewangan mereka secara berperingk­at-peringkat dalam tempoh lanjutan ini,” katanya.

Pelanggan yang berhasrat untuk memohon bantuan pembayaran balik pinjaman dan pembiayaan mereka diminta mengunjung­i mana-mana cawangan Public Bank, atau melayari laman web https://apply.pbebank.com/pbrnr untuk maklumat lanjut.

Pelanggan juga boleh menghantar e-mel kepada customerse­rvice@publicbank.com.my untuk nasihat dan bantuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia