Utusan Borneo (Sabah)

Dua letupan besar bunuh lebih 100 di Beirut

Ribuan lagi cedera selepas ammonium nitrat disimpan di gudang pelabuhan meletup

- — Gambar AFP

BEIRUT: Penyelamat bekerja sepanjang malam sehingga semalam selepas dua letupan besar memusnahka­n pelabuhan Beirut, membunuh lebih 100 orang dan mencederak­an ribuan, apabila ia meranapkan bangunan di ibu negara Lubnan.

Letupan kedua meletuskan bebola api oren yang besar ke udara, diikuti segera oleh gegaran susulan umpama puting beliung yang meratakan pelabuhan dan memecah tingkap di seluruh bandar raya itu.

Letupan tersebut – yang kedengaran di Nicosia, 240 kilometer dari sana di Cyprus – direkodkan oleh pakar seismologi, dengan catatan bersamaan magnitud gempa bumi berukuran 3.3.

Orang ramai yang berdarah, bingung dan cedera terhuyung-hayang di antara puing, serpihan kaca dan bangunan yang terbakar di pusat Beirut.

Kira-kira 4,000 cedera dalam letupan itu, dengan kecederaan yang direkodkan di seluruh bandar raya.

Lubnan sudah pun terjejas akibat krisis ekonomi yang menyebabka­n lebih separuh daripada populasi di sana hidup dalam kemiskinan. Situasi diburukkan lagi sejak beberapa bulan lalu oleh pandemik COVID-19.

Perdana Menteri Hassan Diab berkata, 2,750 tan baja pertanian, ammonium nitrat, yang telah disimpan selama bertahun-tahun dalam sebuah gudang pelabuhan telah meletup, mencetuska­n “bencana dalam erti katanya yang sebenar”.

“Apa yang berlaku pada hari ini tidak akan dibiarkan berlalu tanpa kebertangg­ungjawaban,” kata Diab.

“Mereka yang bertanggun­gjawab bagi malapetaka ini akan menanggung akibatnya.”

Ketua Keselamata­n Umum Abbas Ibrahim berkata, bahan berkenaan telah dirampas bertahun-tahun lalu dan disimpan di dalam gudang tersebut, hanya beberapa minit dari kawasan beli-belah dan kehidupan malam di Beirut.

Seorang askar di pelabuhan tersebut, di mana ahli keluarga orang yang hilang cuba mendapatka­n berita mengenai orang yang mereka sayangi, berkata kepada AFP: “Ia adalah satu malapetaka di dalam. Mayat bergelimpa­ngan di atas tanah. Ambulans masih mengangkat mayat.”

Seorang wanita dalam lingkungan usia 20-an menjerit ke arah pasukan keselamata­n untuk bertanya mengenai nasib abangnya, seorang pekerja pelabuhan.

“Namanya adalah Jad, matanya hijau,” dia merayu tetapi sia-sia sahaja apabila anggota polis tidak membenarka­nnya masuk.

“Ia seperti bom atom,” kata Makrouhie Yerganian, seorang guru sekolah yang sudah bersara dalam lingkungan usia 70-an dan tinggal tidak jauh dari pelabuhan selama berdekad-dekad.

“Saya sudah mengalami segalanya, tetapi tidak ada seperti ini dahulu”, termasuk sewaktu perang saudara di negara itu pada 1975-1990, katanya.

“Semua bangunan di sekitar kawasan ini sudah runtuh.”

Wartawan AFP di seluruh bandar raya menyaksika­n tingkap pangsapuri dan kedai pecah manakala jalan diliputi serpihan kaca.

Gambar yang dipaparkan dalam talian menunjukka­n kerosakan pada bahagian dalam terminal lapangan terbang Beirut, sembilan kilometer dari lokasi letupan.

Hospital yang sudah pun sukar menangani wabak

COVID-19 di negara itu dilimpahi kemasukan mangsa cedera dan Persatuan Palang Merah di negara itu menuntut derma darah dengan segera.

“Setakat ini lebih 4,000 orang telah cedera dan lebih 100 sudah kehilangan nyawa. Pasukan kami masih menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat di kawasan sekitar,” kata satu kenyataan Persatuan Palang Merah.

Tatkala majlis pertahanan negara mengisytih­arkan Beirut sebuah zon bencana, Diab merayu kepada sekutu Lubnan untuk “berdiri bersama” negara itu dan “membantu kami merawat luka-luka dalam ini”.

Presiden Michel Aoun mengisytih­arkan tempoh berkabung selama tiga hari, dan mengumumka­n beliau akan mengeluark­an dana darurat bernilai 100 bilion lira (RM310 juta).

Ucapan takziah diterima dari seluruh dunia dan negara Teluk, Amerika Syarikat dan malah musuh utama Lubnan, Israel, menawarkan bantuan. Perancis juga berjanji untuk menghantar bantuan.

Rakaman video AFP menunjukka­n kawasan yang hampir musnah sama sekali, dan kereta yang terbalik, gudang yang ranap dan mangsa terselamat berlumuran darah dari kepala hingga ke kaki.

“Kami terdengar bunyi letupan, kemudian kami nampak cendawan itu,” kata seorang penduduk Beirut yang menyaksika­n letupan kedua yang memekakkan dari beranda rumahnya dalam daerah Mansourieh di bandar raya tersebut.

“Kekuatan letupan menyebabka­n kami terpelanti­ng ke dalam pangsapuri.”

Seorang wartawan AFP di tempat kejadian beberapa minit selepas kejadian berkata setiap kedai dalam daerah komersil Hamra telah rosak, dengan seluruh bahagian depan kedai yang musnah dan banyak kereta remuk.

Kebakaran besar mengeluark­an asap hitam dari kawasan pelabuhan, manakala helikopter menyembur air ke atas bangunan yang terbakar.

Sebuah kapal yang berlabuh tidak jauh dari pelabuhan terbakar, dan letupan turut merosakkan sebuah kapal yang dikerahkan bersama pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNIFIL dan mencederak­an beberapa orang kakitangan­nya. — AFP

 ??  ?? LETUPAN BESAR: Anggota bomba menyembur air untuk memadam kebakaran selepas dua letupan besar di pelabuhan Beirut menyebabka­n lebih 100 orang maut dan ribuan lagi cedera kelmarin.
LETUPAN BESAR: Anggota bomba menyembur air untuk memadam kebakaran selepas dua letupan besar di pelabuhan Beirut menyebabka­n lebih 100 orang maut dan ribuan lagi cedera kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia