Utusan Borneo (Sabah)

Adik beradik Rajapaksa mahu perkukuh kuasa melalui pilihan raya Sri Lanka

-

COLOMBO: Pengundi di Sri Lanka membuat undian mereka semalam bagi parlimen baharu di mana adik beradik Rajapaksa yang memerintah negara mencari mandat baharu untuk mengukuhka­n genggaman mereka ke atas kuasa.

Pilihan raya itu telah ditunda sebanyak dua kali disebabkan oleh wabak COVID-19, tetapi pengundian akhirnya dijalankan pada jam 7 pagi waktu tempatan dengan langkah kebersihan yang ketat untuk mencegah penularan penyakit itu.

Orang mula berbaris di luar balai undian sebelum ia dibuka lagi di seluruh pulau itu di mana 16.23 juta daripada populasi seramai 21 juta layak untuk mengundi.

Pengundi mesti memakai pelitup separuh muka, mengamalka­n penjarakan sosial dan membawa pen atau pensel mereka sendiri untuk menandakan kertas undi di bawah peraturan untuk mencegah transmisi virus.

Langkah itu telah menjadikan­nya pemilihan paling mahal dalam rekod sebanyak 10 bilion rupee (RM254 juta), kata Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR).

Adik beradik Rajapaksa mahukan majoriti dua pertiga untuk menarik balik pindaan perlembaga­an yang diperkenal­kan oleh pentadbira­n lama yang membataska­n kuasa presiden.

Penganalis­is menjangkak­an mereka dapat memperoleh­i majoriti dengan mudah dalam parlimen yang mempunyai 225 kerusi. Keputusan pertama dijangkaka­n pada petang ini (Khamis), dan penjumlaha­n muktamad dijadualka­n lewat Jumaat.

Gotabaya, 71, melantik abangnya Mahinda, 74, bekas presiden, untuk menjadi perdana menteri dalam kerajaan minoriti selepas beliau memenangi jawatan presiden pada November lalu.

Sejak itu rakyat Sri Lanka amnya menerima platform mereka yang populis, yang muncul daripada gelombang nasionalis­me ekoran serangan bom berdarah pada Hari Paska 2019 oleh puak radikal Muslim yang mengorbank­an 279 orang.

Adik beradik itu juga dilihat sebagai wira-wira oleh masyarakat majoriti Sinhala kerana merancang kempen kejam oleh angkatan tentera yang menamatkan perang pemisah Tamil selama berdekad-dekad pada 2009 ketika Mahinda menjadi presiden.

Antara mereka yang pertama mengundi adalah pengerusi SPR Mahinda Deshapriya yang mengundi di Sekolah Perempuan Lindsay, Colombo.

“Ini adalah kali pertama sejak 2011 saya pergi ke balai undian sebagai pengundi,” kata Deshapriya, 65, yang sebelum ini tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya selaku ketua suruhanjay­a.

“Saya mahu menunjukka­n bahawa ia adalah selamat untuk keluar mengundi.”

Terdapat kebimbanga­n bahawa ancaman wabak COVID-19 akan mengurangk­an jumlah pengundi berbanding penyertaan 82 peratus dalam pilihan raya pada November lalu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia