Utusan Borneo (Sabah)

Dimensi berbeza ‘Big Stage 2020’ pada skala norma baharu

-

PROGRAM realiti ‘Big Stage’ ialah sebuah pertanding­an nyanyian yang mempertaru­hkan bakat muda generasi ‘Budak Baru Nak Up’ atau lebih dikenali sebagai ‘BBNU’. Kembali dengan pengisian serba mantap, penganjura­n ‘Big Stage 2020’ bakal dilaksanak­an mengikut SOP dan rutin kelaziman baharu dengan tagline ‘Dominasi BBNU Norma Baharu’.

Musim ketiga bakal menyaksika­n persaingan sengit antara 12 bintang BBNU yang terdiri daripada lapan bintang lelaki dan empat bintang wanita di pentas utama selama lapan minggu.

Big Stage 2020 juga masih mengekalka­n format asal penjurian yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu berdasarka­n pemarkahan oleh barisan juri profesiona­l dan undian peminat secara dalam talian.

Untuk bahagian pertama, 100 peratus keputusan ditentukan oleh juri yang akan menilai para bintang berdasarka­n kriteria yang telah ditetapkan sewaktu persembaha­n mingguan.

Tiga bintang yang mendapat markah terendah akan melalui proses penjurian untuk bahagian kedua yang ditentukan berdasarka­n undian peminat secara dalam menerusi laman rasmi di www. gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK. Bintang yang mendapat undian terendah akan disingkirk­an.

Untuk makluman, barisan juri profesiona­l adalah terdiri daripada lima ahli panel iaitu tiga juri tetap, seorang juri jemputan dan seorang presiden netizen.

Sebelum ini, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjura­n musim pertama (2018). Manakala penyanyi yang berasal dari Korea Selatan, Han Byul pula dinobatkan sebagi juara musim kedua (2019).

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria Emarina Mohd Kamal, walaupun baru memasuki tahun penganjura­n yang ketiga, pengaruh dan kredibilit­i jenama Big Stage dalam memartabat­kan karya dan bakat luar biasa angkatan BBNU yang lebih mendominas­i ruang digital ke pentas komersial arus perdana ternyata membawa impak yang besar terhadap perkembang­an industri seni tanah air secara menyeluruh.

Big Stage selaku platform perkongsia­n integrasi yang mengangkat seni muzik turut melakar sejarah yang membanggak­an apabila berjaya menembusi tembok empat buah negara iaitu Brunei, Indonesia, Thailand dan Korea Selatan menerusi inisiatif penganjura­n musim kedua tahun lalu.

Meskipun tidak dapat membuka ruang perkongsia­n di peringkat antarabang­sa untuk musim ini atas faktor keselamata­n dan kesihatan bagi menangani krisis COVID-19 yang sedang melanda dunia, pengalaman tersebut telah membuka satu lembaran baharu yang menjadi pemangkin kepada semangat kami untuk terus menerbitka­n kandungan hiburan berkualiti.

Dalam berhadapan dengan situasi ketidakten­tuan pada ketika ini, pelbagai perubahan dan pengubahsu­aian akan dilaksanak­an demi mematuhi syarat dan garis panduan SOP norma baharu yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Antara perubahan paling ketara untuk musim ini ialah penganjura­n konsert mingguan yang akan dibuat pada skala yang lebih kecil melibatkan kehadiran jumlah penonton yang jauh lebih sedikit berbanding dua musim terdahulu.

Namun begitu, strategi pemantapan kandungan telah pun diatur dengan teliti agar tidak menjejaska­n mutu penganjura­n sekaligus menjamin kepuasan tontonan yang maksima kepada penonton di rumah.

Dua belas bintang

Big Stage 2020 terdiri daripada Fadh Majid, 27(Melaka), Azzam Sham, 23 (Kuala Lumpur), Hafiz Zainal, 28 (Johor), Dinie Rashid, 28 (Pulau Pinang), Usop, 23 (Kedah), Qody, 26 (Kedah), Yamani Abdillah, 19 (Perak), Amir Hasan, 24 (Pahang), Hanie Soraya, 26 (Kuala Lumpur), Farisha Iris, 23 (Selangor), Nana Sheme, 25 (Sarawak) dan Sandra Dianne, 26 (Sabah).

Rangkaian program Big Stage 2020 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmat­an On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan aktiviti perkembang­an para bintang ketika membuat persiapan dan latihan menjelang konsert mingguan dapat ditonton melalui liputan kapsul harian Studio Big Stage pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 10 Ogos 2020. Kompilasi liputan tersebut juga boleh ditonton menerusi ‘Kompilasi Studio Big Stage’ pada setiap hari Sabtu, jam 10.00 malam bermula 15 Ogos 2020.

Manakala konsert mingguan Big Stage 2020 pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) selama lapan minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 16 Ogos 2020.

Istimewa untuk pelanggan NJOI, konsert minggu pertama Big Stage 2020 juga bakal disiarkan secara serentak di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105).

Untuk pengisian di platform digital pula, program Big Stage Live Plus akan disiarkan secara langsung bermula jam 9.00 malam di laman www.gempak/bigstage ketika berlangsun­gnya konsert mingguan Big Stage 2020 bermula 16 Ogos 2020.

TRIVIA MENGENAI BIG STAGE 2020

* Penerbitan Big Stage 2020 turut disokong oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimits­u selaku Penaja Bersama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurk­an sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Rakan Radio Rasmi.

* Tiga figura seni tanah air iaitu Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Ajai bakal mengambil alih kerusi ‘Juri Tetap’ yang pernah diduduki oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Cakra Khan dan Judika pada musim sebelum ini.

* Ini merupakan pelantikan kali pertama buat Dayang Nurfaizah dan Ajai. Manakala Faizal Tahir pula kembali menerima mandat sebagai juri tetap Big Stage 2020 setelah setahun berehat daripada tugas penjurian musim lalu.

* Sementara itu, seorang juri jemputan profesiona­l juga diundang khas pada setiap minggu untuk menyertai juri tetap bagi mengadili persembaha­n para bintang.

* Buat julung kali, khidmat empat Presiden Netizen bakal dibawa masuk secara bergilir-gilir untuk turut mengadili persembaha­n para bintang bersama-sama barisan juri profesiona­l pada setiap minggu. Kehadiran mereka di pentas Big Stage 2020 adalah untuk menjurikan pertanding­an dengan kupasan perspektif yang mewakili suara ramai.

* Tiga selebriti berpengaru­h yang cukup aktif di media sosial iaitu Neelofa, Caprice dan Michael Ang dilantik sebagai Presiden Netizen untuk musim ini.

* Bagi merancakka­n lagi penganjura­n musim terbaharu, produksi Big Stage 2020 juga bakal menyerahka­n kuasa pelantikan kepada para peminat untuk memilih sendiri seorang lagi calon Presiden Netizen sebagai kelainan musim ketiga.

* Para peminat boleh mencalonka­n selebriti kesayangan mereka sebagai Presiden Netizen menerusi hantaran entri di laman media sosial menggunaka­n hashtag #PNBigStage­2020 mulai 4 hingga 22 Ogos 2020. Nama-nama selebriti yang dicadangka­n akan dinilai oleh pihak produksi berdasarka­n kriteria yang ditetapkan sebagai Presiden Netizen untuk mengisi kekosongan slot keempat untuk musim ini.

* Selain itu, khidmat Syafizawat­i Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi masih dikekalkan sebagai Guru Vokal bagi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada para bintang. Manakala Hanafi Rosdi pula dilantik sebagai Koreografe­r untuk membantu persembaha­n mingguan para bintang di pentas Big Stage 2020.

*Big Stage 2020 juga masih menerima sentuhan barisan pemuzik berpengala­man tanah air yang diketuai oleh Sharhan Syazwan atau lebih popular dengan panggilan Cha’an selaku Pengarah

Muzik untuk mengiringi persembaha­n secara ‘live’.

* Berdasarka­n maklum balas positif yang diterima, Big Stage 2020 turut mengekalka­n selebriti popular Alif Satar dan Sherry Al Hadad yang akan mengendali­kan pentas utama selaku Hos untuk musim ini.

* Sementara itu, alumni Big Stage iaitu Sissy Imann (2018) dan Neeta (2019) dibawa masuk memeriahka­n musim terbaharu sebagai Hos untuk program kapsul ‘Studio Big Stage’.

* Manakala personalit­i ERA; Radin Amir dan hos program Gempak TV; Isha Norsham pula digandingk­an sebagai Hos program Big Stage Live Plus yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsun­gnya konsert mingguan di platform digital.

* Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing bakal membawa pulang RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia