Utusan Borneo (Sabah)

Rosmah berhak mengesahka­n keabsahan surat pelantikan Sri Ram

-

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan perlu mengemukak­an salinan surat pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kanan khusus dalam perbicaraa­n kes rasuah isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Peguan utama Rosmah, Datuk Jagjit Singh berhujah, sekiranya tidak terdapat sebarang surat pelantikan, maka bekas hakim Mahkamah Persekutua­n seharusnya secara terhormat perlu memilih untuk tidak melibatkan diri dalam prosiding kes itu.

“Satu-satunya objektif bagi mendapatka­n surat pelantikan itu adalah untuk menentukan locus standi (hak dari segi undang-undang) TPR Kanan (Sri Ram) untuk hadir dan mengendali­kan prosiding berkenaan.

“Sejak perbicaraa­n ini disambung, tidak ada dokumen atau surat pelantikan atau sebarang instrumen bertulis dimajukan oleh pihak pendakwaan bagi mengesahka­n bahawa Sri Ram telah dilantik sebagai TPR Kanan khusus untuk kes ini.

“Dengan ketiadaan dokumen berkenaan, mahkamah perlu memutuskan bahawa Sri Ram tidak layak, dan bukan individu yang sebetulnya untuk menjadi TPR, apa lagi untuk mengendali­kan kes ini,” katanya.

Jagjit berhujah sedemikian dalam permohonan Rosmah bagi mendapatka­n surat pelantikan Sri Ram sebagai TPR Kanan dalam kes rasuahnya, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan.

Beliau seterusnya berhujah anak guamnya berhak mengesahka­n keabsahan dan kesahan pelantikan peguam cara sebagai TPR Kanan untuk mendakwa dalam kesnya, memandangk­an isteri bekas perdana menteri itu berhadapan dengan dakwaan yang serius.

Peguam itu juga berpandang­an bahawa ada satu perintah Mahkamah Persekutua­n dalam kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) terhadap suami Rosmah, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi untuk mengeluark­an perintah berkenaan (penampilan surat pelantikan) kepada bekas perdana menteri itu.

TPR Ahmad Akram Gharib dalam membantah permohonan itu berkata pemohon (Rosmah) tidak berhak untuk mendapatka­n surat pelantikan, kerana undang-undang tidak memerlukan dokumen berkenaan ditampilka­n, dan peguam tidak mempunyai hak untuk melihatnya.

Beliau berkata sekiranya pelantikan itu dicabar, berdasarka­n kepada undangunda­ng kes, ia memerlukan penampilan surat pelantikan itu hanya bagi mahkamah untuk melihatnya, tanpa tanggungja­wab bersama untuk memberikan surat yang sama kepada peguam.

“Tambahan pula pelantikan Sri Ram sebagai TPR Kanan tidak pernah diragui, permohonan itu dibuat di tengah perbicaraa­n selepas pemohon menerima sepenuhnya kehadiran dan kuasa Sri Ram sebagai TPR Kanan.

“Sri Ram juga sepanjang perbicaraa­n secara terbuka melaksanak­an tugasnya sebagai TPR Kanan, fakta yang memang diketahui oleh Pendakwa Raya, yang tanggungja­wabnya juga adalah bagi memastikan bahawa Sri Ram tidak berada di kedudukann­ya itu secara tidak sah,” tambahnya.

Ahmad Akram seterusnya berkata perintah Mahkamah Persekutua­n yang dirujuk pemohon, tidak berkuasa untuk menyimpulk­an bahawa mahkamah ini diberi kuasa untuk mengeluark­an perintah berkenaan sebagaiman­a yang diminta oleh pemohon.

Beliau berkata perintah itu hanya memberi kesan kepada tugas pihak pendakwaan dalam kes 1MDB untuk mendedahka­n surat pelantikan berkenaan kepada mahkamah dan peguam.

“Sekiranya tidak ada penghakima­n dengan alasan lengkap, perintah itu tidak mengikat dan tidak mewajibkan mahkamah ini untuk mengeluark­an perintah yang sama sebagaiman­a yang dibuat Mahkamah Persekutua­n,” katanya.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Hakim Mohamed Zaini menetapkan 17 Ogos untuk membuat keputusan.

Rosmah, 68, berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin, berhubung projek tenaga solar.

Suapan itu didakwa diterima menerusi bekas pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatka­n Projek Bersepadu Sistem Solar Photovolta­ic (PV) Hibrid serta Penyelengg­araan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada KPM.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamanny­a di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 September 2017. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SAMBUNG BICARA: Rosmah (tengah) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam bagi sambung bicara kes projek solar hibrid di sekolah luar bandar Sarawak.
— Gambar Bernama SAMBUNG BICARA: Rosmah (tengah) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam bagi sambung bicara kes projek solar hibrid di sekolah luar bandar Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia