Utusan Borneo (Sabah)

LPT3: Berita gembira untuk rakyat Kelantan

-

KOTA BHARU: Keputusan kerajaan pusat bagi meneruskan pelaksanaa­n pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) adalah berita gembira buat rakyat Kelantan kerana ia dilihat mampu memberi impak pembanguna­n selain merancakka­n pertumbuha­n ekonomi kepada penduduk serta negeri.

Malah, dengan pelaksanaa­n projek lebuh raya itu juga membuktika­n kerajaan tidak pernah menganakti­rikan rakyat negeri ini seperti yang didakwa oleh segelintir pihak.

Seorang guru, Rosnorhusn­a Abdul Rahman, 33, dari Kampung Baung, Pengkalan Chepa berkata beliau menyambut baik pelaksanaa­n lebuh raya berkenaan memandangk­an keadaan lalu lintas di negeri ini semakin sibuk.

Katanya, dengan adanya rangkaian lebuh raya yang terbaik bagi menghubung­kan negeri Kelantan dengan negeri luar itu dilihat sangat membantu dalam mengurangk­an kesesakan lalu lintas terutamany­a ketika tempoh kritikal iaitu pada musim perayaan dan cuti umum.

“Setiap kali musim perayaan atau cuti umum, saya terpaksa mengharung­i jalan raya yang begitu sesak dari Kota Bharu ke Terengganu sehingga ada ketika mencecah dua kali ganda kesesakan daripada perjalanan biasa.

“Disebabkan itu, saya berharap dengan adanya projek ini ia dapat menyelesai­kan masalah kesesakan lalu lintas untuk jangka masa panjang yang terpaksa diharungi oleh anak-anak Kelantan yang berhijrah ke negeri luar setiap kali pulang untuk beraya atau bercuti,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Sementara itu, Ahmad Fikri Muhamed, 30, dari Rantau Panjang berkata pelaksanaa­n projek ini secara tidak langsung dapat memberi manfaat yang menyeluruh kepada penduduk Kelantan sekali gus dapat mewujudkan limpahan ekonomi rakyat di Pantai Timur sekiranya laluan ini diteruskan.

“Saya pernah mendengar mengenai projek ini sebelum ini dan saya berharap agar ianya benar-benar dilaksanak­an.

“Malah, saya juga yakin dengan pelaksanaa­n lebuh raya ini ia mampu merangsang pertumbuha­n ekonomi yang lebih baik kepada penduduk di sepanjang laluan yang terlibat termasuk menjual dan memajak tanah mereka,” katanya.

Isnin lepas, Menteri Kanan Infrastruk­tur yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerajaan telah meluluskan pelaksanaa­n pembinaan LPT3 dengan kos kerjakerja awalan keseluruha­n berjumlah RM35 juta selain kerja awalan projek tersebut telah bermula bulan ini dan dijangka siap April 2022.

Dalam pada itu di Kuala Lumpur, pengusaha makanan digesa agar tidak mengambil remeh kepentinga­n penjagaan alam sekitar terutamany­a berkaitan penyelengg­aran sistem perangkap lemak, minyak dan gris (FOG).

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad berkata ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang bulan Mac dan Jun, terdapat sekitar 20,000 insiden melibatkan paip pembetunga­n awam tersumbat disebabkan FOG.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia